Wednesday, December 9, 2009

kenangan di SSP


SSP


selama lima tahun...

di sinilah..
aku mengenal erti kepayahan...
mengenal erti kesungguhan...
mengenal erti tidak mudah putus asa...

di sinilah...
aku membesar menjadi seorang SSPIAN...
aku mengenal ragam manusia....
memahami rakan-rakan...
yang berbagai-bagai...
mengenal rakan yang baik...
rakan yang sentiasa ada ketika susah dan senang...
rakan yang petah memberi nasihat...
rakan yang sanggup berkongsi suka dan duka...
jutaan terima kasih rakan-rakan...
kalian insan yang HEBAT...

di sinilah..
aku belajar mengemas katil...
belajar membasuh baju...
belajar mematuhi peraturan...
walaupun kadangkala terlanggar peraturan...
belajar menghormati guru-guru...
belajar terperangkap daripada dunia luar...
belajar menggagahkan diri ke kelas persediaan malam...
belajar masuk ke dewan makan...
belajar menghadiri perhimpunan...
belajar menghantar pas keluar setiap kali meninggalkan perkarangan sekolah..
belajar melayan karenah senior dan junior...
belajar menjadi junior yang skema...
belajar menjadi senior yang baik..
belajar menyanyikan lagu sekolah dengan penuh semangat...
belajar mendengar ucapan pengetua yang amat lebar...
belajar mendengar arahan mahupun perubahan peraturan yang dibuat oleh penolong kanan...
belajar memberi salam kepada guru-guru...
belajar menahan diri daripada tidur ketika guru mengajar...
belajar menerima segala kertas kerja yang bertimbun-timbun dan sekarang telah dihumban ke dalam guni untuk dikitar semula....
belajar tiba awal di kelas dan menepati masa...

agak banyak untuk diceritakan sepanjang lima tahun aku menjadi SSPIAN...
dan sekarang aku BEKAS PELAJAR SSP...
dan akan mengenal dunia luar yang bebagai-bagai...

terima kasih guru-guru atas didikan....
terima kasih rakan-rakan atas sokongan...
terima kasih pakcik dan makcik dewan makan atas makanan yang disediakan untuk kami walaupun tak setaraf hotel lima bintang...
terima kasih pakcik jaga kerana sudi melambai tangan setiap kali aku keluar dari perkarangan sekolah...
terima kasih makcik CAMAR ANGGERIK kerana sanggup mengemas asrama kami terutama ketika junior tiada di sekolah...
terima kasih makcik pembantu makmal atas segala bantuan ketika kami membuat eksperimen...
terima kasih pakcik Anuar kerana mengindahkan sekolah kami...
terima kasih semuanya..

akhir kata: SELAMAT TINGGAL SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA...

No comments: