Thursday, January 28, 2010

tiada tajuk

agak bosan.aku tak tahu nak tulis apa untuk entri kali ini.hari ini hari khamis.hari yang sama seperti hari khamis minggu lepas mahupun khamis sebulan yang lalu.hari khamis seperti hari yang semalam.tiada beza.cuma hari khamis hampir dekat dengan hari jumaat.apa ada dengan hari jumaat?erm.itu untuk esok punya cerita.

macam hari-hari yang lepas, aku akan hantar dan ambil adik dari sekolah.takut gak bawak moto ni sebenarnya.dah dua kali aku hampir kena langgar.tapi itu dulu punya cerita.nak cerita pun dah tak ingat.nak pergi sekolah adik tuh kena lalu depan balai polis.memang lalu tak pandang kiri langsung.yela.takut polis suruh berhenti.dah la lesen pon takde.

tadi petang aku ambil adik.tunggu depan pintu pagar sekolah.kat situ memang port makcik2 yang pasti bukan sebaya aku la.mungkin sebaya nenek atau makcik aku.aku ni bukanlah peramah sangat nak tegur mereka.hanya sekadar senyuman yang terpaksa dimaniskan.nak borak pon bukan aku kenal.yela.sekolah bukan kat sini.jarang nampak lagi la nak borak.

berbalik kepada cerita aku tadi.masa nak tunggu adik keluar pintu pagar tuh, telinga aku rasa macam berbahang je.ada orang bakar telinga aku ke.aku intai lalu side mirror.rupanya ada 2 orang makcik betul-betul kat belakang aku.tengah mengumpat rupanya.aku dengar mereka sibuk menceritakan hal orang tuh.entah siapa.aku tak kenal.aku pon pekakkan telinga je.nanti aku pulak tergolong dalam orang yang mengumpat.haha.bajet baik.padahal kat sekolah tuh memang gosip je.gosip, bukan mengumpat.lain tuh.haha.nama pun sekolah perempuan.tak dinafikan.

makcik2 tuh macam takde kerja lain je.kan elok mereka cerita pasal anak sendiri ke.puji anak sendiri ke.ada baiknya gak.mana tahu kata-kata yang keluar dari mulut seorang ibu tuh boleh jadi doa.nasib baik makcik2 tuh tak cerita pasal aku.yela.takut gak kalau jadi feymes nih.haha.:D

p/s: esok aku nak try port lain lah tunggu adik.tak tahan.haha

No comments: