Monday, February 1, 2010

insomnia


Insomnia dicirikan dengan ketidakupayaan untuk tidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, kebimbangan, tekanan, ubat, herba, kafein dan kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

ni aku copy and paste dari wikepedia. sumber yang boleh dipercayai. korang jangan la bimbang aku tipu atau saja reka-reka cerita.

lately ni, aku tergolong dalam orang yang menghidapi insomnia. tapi bukan disebabkan ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba dan kemurungan. tapi sebab kafein dalam badan yang sangat tinggi. ni mungkin kesan-kesan sampingan aku minum nescafe masa kat asrama dulu. ubat stay up. tapi dulu kalau aku minum nescafe tetap tumbang atas katil. tu yang satu peket nescafe tak cukup. pernah satu hari aku minum sampai 4 peket satu malam. memang tak tidur sampai pukul 4. tapi, seriously jangan ikut. esok pagi nak exam bio, apa yang aku baca semua lupa. pening masa buat exam tuh. nampak paper exam pon kosong je.

dua, tiga hari aku cuba gak lelapkan mata. tapi sebelum pukul 1 mesti tak boleh tidur. even rasa ngantuk. tapi still tak boleh tidur. aku nak mimpi indah-indah pun tak dapat. lingkaran bawah mata pun makin jelas. mata aku jadi sepet la lepas ni. mak aku pon tegur aku tak cukup tidur.

apa boleh aku buat?

p/s: aku nak carik minuman yang boleh buat rasa mengantuk la.

No comments: