Wednesday, February 10, 2010

jangan tiru aksi ini

cerita bermula pada petang rabu.
selepas hujan yang turun agak lebat.

aku menjemput adikku seperti kebiasaan.

saat aku menukar signal ke kiri. aku melintas dengan lajunya. mendapat sokongan dari adikku menambahkan lagi keinginan aku untuk memecut. aku memecut dan terus memecut.

"kak, laju lagi."

haha. rasa bangga dapat memotong pakcik2 yang sudah berabad memiliki lesen P. dan bagi aku yang baru menjalani amali, itu sudah memadai bagiku. sebaik tiba di lorong rumah, aku masuk dengan hanya menggunakan brek tangan. turun dengan agak laju. rumah aku bawah bukit untuk pengetahuan korang. dengan pengetahuan yang baru aku dapat, aku pun menggunakan brek kecemasan. kalau test JPJ diaorang nak bunyi tayar sekali. tapi kali ni berbanyak2 kali pun boleh dengar.

dan dipendekkan cerita, aku pon jatuh. naseb baek aku nie pemandu berhemah, pakai topi keledar. kalau tak free2 je kepala aku tersembam ke tanah.

pstt..tapi memang sakit la.

2 comments:

Heynutter said...

ceh. aku ingat kau bwk kereta td.

Aw Yong SaN said...

Hhaahaha ingatkan kereta TD....