Thursday, February 4, 2010

PakCik Driver

dah lama rasanya tak kemaskini blog. mungkin bagi sesetengah orang tak lama. tapi memandangkan aku ni gemar berblogging walaupun aku tak peduli ada orang baca ke tak, tempoh itu agak lama. haha.

cerita hari ini. aku tunggu pakcik driver seperti yang dijanjikan tepat jam 7.30 pagi. aku bangun awal sebab aku ni memang jenis lambat siap. memang diakui. memandangkan selalu orang paling last masuk kereta adalah aku.janji melayu yang tak pernah tepat. pakcik tu sampai pukul 8.00 lebih sikit. tapi hari ni aku cuma buat test computer je. sebelum keluar dari kereta, untuk kali kedua pakcik tu pesan kat aku. (sebenarnya dia tak tua sangat, tapi aku dah biasa panggil orang lelaki mana-mana "pakcik")

"awak ni kena hati-hati, selalu orang rabun banyak kantoi (dia sebut kantol, aku pun tak paham kenapa) kat part warna. kalau awak tak lulus, saya kena hantar pergi hospital. lepas tu, kalau doktor tak kasi awak memandu, sampai bila-bila awak tak boleh amik lesen. kena naik basikal je la" (kalau nak tahu jawa dia ni pekat gile)

gerun aku bila dengar dia cakap macam tu. aku pun cuma angguk kepala je la. cuak pon ada gak. rasa macam nak amik SPM balik.

dipendekkan cerita. aku pon lulus. tapi hasrat nak dapat 51/50 tu tak berhasil. dapat 48/50 je. ok la tu. daripada tak lulus. kena repeat ditambah bebelan dari mak dan ayah.

masa on da way nak pergi pusat memandu tuh, memang sunyi sepi dalam kereta. tapi, masa balik, tak berhenti-henti kitaorang gelak. pakcik tuh pun buat lawak entah pape. kitaorang pon layan je.

tula kisah pakcik driver. dia kasi phone number tadi. senang aku nak marah lain kali kalau dia lambat datang. so, aku pon save nama dia as, PAKCIK DRIVER. haha. tak tahu nama la.

5 comments:

the name is ASMA said...

bagi num tanda mengorat. hahahaha.

Nina Nutter said...

aha. betul doh ckp asma. btw, ini apa psl kaitkan dgn rabun2 ni? sensitif tau. HAHA

syahira said...

asma: ngeng ar ko. ak ksik num bpk ak la.haha

nina: tula.nk bwat cmne.org rabun nie mmg slalu kna kutuk.sob..sob..

Anonymous said...

Ciao im new[url=http://www.museumofhoaxes.com/hoax/forums/member/15279/].[/url]

Anonymous said...

My old one is no good any more, has anyone owned one of these:

http://in.sevenload.com/videos/FMb2W1H-Travel-System-Nurseryvalue-com