Tuesday, February 2, 2010

UPU oh UPU

BULETIN 1.30 tadi cakap upu FASA 2 untuk lepasan SPM dah buka tengah hari tadi. aku explore semua laman web ipta yang ada. satu je kot.lebih-lebih pulak. aku buka tutup firefox ni. tetap lambat nak masuk website ipta. mungkin ramai tengah cuba masuk. menguji kesabaran aku la petang-petang selasa ni. untuk yang kesepuluh kali selepas dua jam aku cuba masuk website http://upu.mohe.gov.my ni, akhirnya laman utama website ni muncul gak kat skrin komputer ni.

dengan excitednya aku cari ID yang terselit bawah plastik meja. haha.jumpa. bawah meja ni la segala khazanah alam tersimpan. dari gambar aku masih kecil sehingga keratan-keratan akhbar yang aku tak tahu apa fungsinya.

aku balik semula ke website ipta tadi. aku cari kemasukan upu fasa 2 bagi lepasan SPM. tak ada?. tak apa. relax dulu. aku cuba klik kat lepasan spm/setaraf kat column e-borang.

PERINGATAN

  1. Pemohon lepasan SPM/Setaraf yang belum membuat permohonan Fasa 1 boleh membuat permohonan pada Fasa 2 yang akan dibuka pada 3 Februari 2010.

  2. Pemohon lepasan SPM/Setaraf yang memohon Fasa 1 WAJIB mengesahkan permohonan dengan pembelian No. Unik Id pada Fasa 2 yang akan dibuka pada 3 Februari 2010.
huh?3 februari?
penat je..

No comments: