Thursday, April 1, 2010

APRIL datang lagi

rasa macam baru semalam, aku tulis di papan putih tarikh keramat 1 APRIL. huhu. 1 april, selalu dikaitkan dengan APRIL fool. tapi, benda ni memang tak digalakkan, tak diwajibkan, dan tak dibenarkan kerana mengambil contoh penganut agama kristian. err. actually aku pun dah lupa cerita april FOOL ni camna. jika salah, sila betulkan. dengar tazkirah kat surau macam "masuk telinga kanan, keluar lubang hidung kiri".haha.

aku tak pernah la kenakan orang, tapi pernah dikenakan. cerita bermula pada 1 APRIL 20O6. ketika berada di tingkatan dua. ni semua gara-gara senior aku dulu. bangun pagi dalam keadaan rushing sebab terlewat bangun akibat borak sampai lewat tengah malam. pulas sahaja tombol pintu dorm hyacinth 1 tuh, terasa benda melekit di tangan. tapi, aku masih bertindak kool. saat nak menyarung selipar aku berwarna biru yang hampir keputusan tali, aku tergelincir. cet, cecair berwarna biru, berbau harum diletak setebal 3 inci di atas seliparku. seakan-akan sabun dynamo yang aku guna buat basuh baju tiap-tiap hari. tapi, aku sarung gak sebab dah memang lewat. tiada masa untuk membebel tak tentu hala.

aku masuk ke dalam toilet dan mencapai berus gigi. aku pandang ke cermin. aku berteriak. dalam hati, aku bermonolog. sejak bila muka aku jadi putih berseri. macam miracle. tapi bila ku amati betul-betul. baunya seakan-akan bedak johnson baby. aku tak sangka pulak ada gak orang yang nak make-up kan aku pagi-pagi ni. hati menyumpah seranah. tapi, mulut tak berani nak keluar. semua kami, si budak-budak innocent yang baru nak kenal sekolah di jadikan bahan artistik untuk mereka menonjolkan bakat masing-masing. dengan hilaian gelak ketawa mereka yang menandakan kejahatan mereka berhasil, kami hanya mampu tersenyum, seakan-akan menyokong tindakan mereka itu.

haha. APRIL FOOL yang memang fool. tah pape.

1 comment:

Aw Yong SaN said...

hehehehe, keciannya.....sabar2.... :-)