Sunday, October 10, 2010

Demam Exam

percaya ke tidak?3. 47 pagi. aku masih tak tidur lagi. mungkin bagi sesetengah orang benda ini normal. tapi bagi aku pukul 1.00 pagi tu pun waktu yang lambat untuk aku tidur. disebabkan minggu nak periksa. kalau stail aku belajar, baca buku sambil dengar lagu. tak pun tengok video, online sampai mata lebam. tapi sebab dikelilingi budak genius JAD, aku terikut cara diorang. dan sumpah aku cakap sangat seksa bila hujung minggu kau terperap dalam bilik, baca buku, tak makan, tak mandi, memang sampai kau rasa otak kau berpusing 540 darjah.

minggu periksa ini la, jiwa semua tak tenteram. caya la wa cakap, fail subjek fizik atau jepun, gerenti kau dismiss tanpa ulang kertas. percaya tak? semester satu baru. baru nak rasa jadi pelajar universiti, baru nak rasa berjoli sampai ko mabuk. orang jepun cakap, yopparau! tak percaya, sila ganti tempat anda dengan saya. universiti lain tengah sibuk bercuti. dah la sebulan lebih. cuti sem JAD? jangan harap la lebih dua minggu. ini pun dapat seminggu je. itu belum lagi kalau kena reseat paper. memang tak rasa cuti la.

kalau wa cakap tak tension duduk sini, memang wa sanggup la kerat leher sendiri. tension woo. dah la wa tengah pening subjek banyak tak cover. ok. tak comel la guna "wa" ni. bila housemate aku tidur, mata aku pun mula nak lelap. bila tengok dia online, aku pun mula menarik laptop. bila aku tengok dia baca buku, aku pun amik buku. tapi aku tak baca pun.

apa pun, doakan aku berjaya menjawab periksa dengan ibu jari naik ke atas. AAMMIINN.

1 comment:

ciktiqz sygss said...

good luck!
nanti korang dah abes final kitorang baru nak final uh uh~
korang dah start 2nd sem kitorang baru nak start cuti sebulan lebih woooo. jangan jeles! HAHAHA. takpe takpe, demi pelajaran. HEHE:DD