Thursday, November 25, 2010

Saya Kembali

Akibat kemurungan yang melampau, agak lama aku tak update blog. Aku nak bina kekuatan sedikit demi sedikit. Aku memang bukan perempuan yang tabah. Kalau korang tengok dari segi perwatakan, aku ni memang sentiasa ceria. Tapi sejak akhir-akhir ini, dah tak ada senyuman. Macam biskut, senang rapuh. Apapun aku tahu, ini ujian dan Allah tahu yang terbaik untuk kita. Yang penting, kerjasama. Eh, silap. Yang penting kita jangan pernah putus berdoa. Jangan la masa susah, baru kita nak cari Allah, masa senang kita lupakan Dia. Aku akui tak ada manusia yang sempurna. Bila kita sedar, cepat-cepat kita tanam dalam hati untuk berubah.


Saya 18, kenapa candle cuma 4?

Tutup mata, tutup telinga, tutup mulut


Ini azam untuk usia aku yang sudah meningkat 18 tahun. Huhu. Baru 18 kan? Muda lagi untuk lalui semua ini. Apapun terima kasih untuk rakan-rakan yang telefon tepat pukul 12 malam 19 November, yang ucap lalu facebook pun tak dilupakan, yang hantar mesej dan yang paling penting, buat surprise party walaupun aku dah tahu sebenarnya. Hehe. Terima kasih banyak-banyak. Kauorang kawan aku dunia akhirat. Walaupun tak ada FaitzAqira, aku sentiasa anggap kau ada dengan kitaorang. Jaga diri ye kat sana.Kitaorang sentiasa rindu kau. Pada seseorang yang sentiasa ada masa aku tengah sedih, terima kasih banyak-banyak. Saya hargai. Kawan-kawan yang sentiasa bagi support, terima kasih juga. Tak tahu nak balas jasa korang macamana lagi. Pada mak ayah, adik-adik yang bagi macam-macam nasihat, terima kasih. Kadang-kadang orang yang kita hargai, tak boleh nak hargai kita balik. Tapi orang yang kita tak hargai la, yang sanggup ada masa senang atau susah.

Ini dah jadi entri luahan perasaan. Ok2. Cukup. Aku nak kembali macam dulu. Pada rakan-rakan kelas kalau dengar aku tiba-tiba bersuara kuat, sila maafkan. Huhu. Aku nak tumpu pada study dan capai impian serta cita-cita nak jadi engineer. Aku akan belajar mengabaikan benda-benda yang mengarut, yang tak penting. Kalau ada semut dalam nasi, korang ambil, korang buang kan? Ibarat macam itu la. Masa untuk study.

強 しましょう!

No comments: