Tuesday, December 7, 2010

Azam, azam, azam

Sebut pasal azam, mesti semua ingat tahun baru. Tapi kenapa orang Islam sendiri mengagungkan Tarikh 1 Januari daripada 1 Muharam. Apa ada pada 1 Januari. 1 Muharam la tempoh masa untuk kita berhijrah. Berhijrah tak bermaksud berpindah dari Muar ke London. Tapi berpindah banyak konsep. Berpindah daripada buruk jadi baik. Dari gemuk jadi kurus. Dari nakal jadi sopan. Tapi yang pentingnya tempoh masa untuk kita tutup buku lama, buka buku baru.

Dan seperti biasa aku akan ditanya apa azam aku untuk tahun ini. Mungkin kahwin dengan anak Tan Sri atau anak Dato'. Itu azam tahun-tahun lepas. Tapi tak pernah tercapai. Jadi untuk tahun ini, aku nak bina azam yang lain daripada yang lain.

Azam yang lain daripada yang lain
-Menjadi wanita solehah
-Menjadi anak yang taat
-Menjadi rakan yang baik dan disenangi
-Tanam dalam niat belajar kerana Allah
-Mengejar cinta Allah

Azam yang biasa sama seperti azam-azam sebelum ini
-Simpan duit taknak boros
-Belajar betul-betul
-Belajar masak

"Ya Allah, pada tahun baru ini, aku mohon kau lindungilah aku daripada gangguan syaitan yang sentiasa ingin menghasut manusia. Kau lindungilah aku daripada mengulang kembali dosa-dosa aku pada tahun-tahun sebelum ini.Aaminn."

Janganlah azam sekadar azam, berusaha untuk memenuhinya.

No comments: