Friday, December 3, 2010

Manusia nak jadi superhero


Hari tu aku mesej seorang kawan. Borak-borak kosong pasal hidup kat universiti. Dia tanya aku, aku selalu buka FB, tak bosan ke. Nak cakap bosan memang bosan. Tapi apa yang menarik perhatian, perangai orang-orang kat FB la buat aku tertarik untuk online FB 24 jam. Aku suka tengok status-status budak-budak zaman sekarang. Ada yang nak jadi kurus, ada yang nak jadi lawa, nak jadi superhero pun ada. Tak kurang juga budak-budak baru naik Tingkatan 2, Tingkatan 3 dah pandai nak bersayang-sayang dalam FB. Nak tahu apa yang menarik? Aku suka follow wall orang-orang macam ni, then aku nak tengok sampai mana yang gemuk tadi boleh jadi kurus, yang hodoh tadi boleh jadi lawa, yang bersayang-sayang tadi boleh berkahwin sampai ada anak cucu. Manusia sekarang reti berangan, tapi tak reti nak tunaikan.

Aku sering tanya kat kawan-kawan aku. Kenapa manusia terutama orang Melayu bangga bila diaorang buat jahat, buat sesuatu yang menyalahi undang-undang, menyalahi hukum agama. Contoh, isu sekarang, kes budak perempuan Melayu dan lelaki Melayu yang berciuman kat tepi jalan Pavilion. Tak ada ke sifat malu dalam diri diaorang. Mungkin masa tu tak sempat nak pikir. Pastu boleh pulak masukkan dalam youtube. Bangga ke diaorang jadi Melayu. Bangga ke diaorang jadi Islam. Bangga ke diaorang gambar diaorang ditonton khalayak ramai. Bangga ke diaorang berciuman, berpeluk-pelukan. Mungkin hajat diaorang selama ni nak masuk rancangan Malaysian Idol, Mentor, nak jadi wartawan pembaca berita, nak jadi Perdana Menteri tak kesampaian. Mungkin tu salah satu cara untuk mempopularkan diri. Siapa tahu?
Sebut pasal quote kat atas, aku teringat salah seorang senpai (senior) pernah datang cerita kat aku. Dia tak terpikir untuk kahwin dengan budak lelaki Melayu. Atas sebab lelaki Melayu ni tipikal. Semua sama. Ok. Jangan salahkan dia. Setiap orang ada pandangan masing-masing kan. Mungkin bagi dia, ada sebab dia cakap macam tu. Bagi dia, lelaki Melayu ni mudah berubah. Senang rasa bosan. Senang menuturkan janji tapi tak mampu nak tunaikan. Mungkin tak semua macam tu.

Cuma nasihat daripada dia, pilihlah lelaki yang sayangkan kita kerana Allah, kerana agama kita. Bukan kerana nafsu. Kalau kita sayangkan seseorang, jangan la menjurumuskan dia ke arah maksiat. Sekian, tazkirah untuk hari ini. :)

No comments: