Monday, January 10, 2011

Menaiki mesin masa ke masa lampau

Ingat tak masa dulu-dulu, suka buat benda-benda tak berfaedah. Ye la. Masa tu pun kecil lagi, otak yang berfungsi cuma 30%.

1) Beli pemadam 20 sen yang ada gambar-gambar
Mak ayah bagi duit bukan sebab nak belanja kat kantin, tapi semata-mata beli pemadam 20 sen yang ada kartun-kartun tu. Lepas tu habis ubat stapler tak pun paku tekan, cucuk-cucuk kat pemadam tu. Bila rasa diri dah kreatif, boleh ajak kawan-kawan lumba siapa yang paling lama dapat pusingkan pemadam. Ada juga kelompok yang lawan siapa dapat tindih pemadam yang lain. Bila menang, yang menang akan rampas pemadam yang kalah.

2) Beli Jojo dan Dendang
Jojo dan dendang mahal sikit berbanding pemadam. Yang dapat tahan perut tak makan apa-apa masa rehat mampulah nak beli. Beli bukan untuk makan coklat yang dalam tu, tapi nak mainan yang entah apa-apa je. Pernah satu kali, dalam kotak Jojo ada parachute. Mula la naik pokok tinggi-tinggi takpun bumbung rumah semata-mata nak lawan siapa paling lama dapat terbang.

3) Main takraw atau badminton menggunakan imaginasi
Benda ni start femes masa aku darjah enam. Yela. Lepas UPSR tak ada benda nak buat. Susun kerusi, letak penyapu antara dua kerusi. Koyak-koyakkan surat khabar, bulat-bulatkan sampai jadi bola. Pastu mulalah main macam pemain takraw antarabangsa. Siap ada pengadil. Hebat tak hebat.

4) Main bola guna penutup botol
Yang ini selalu budak-budak lelaki suka main. Koridor kat sekolah memang penuh dengan penutup botol. Diaorang sepak-sepak sebab tak mampu nak beli bola main kat padang. Penutup botol pun jadi la.

5) Main ceper atau batu seremban
Ingat lagi masa sekolah agama, aku main masa ustazah tak ada dalam kelas. Siap tulis nama kat belakang ceper tu. Bila ustazah masuk, terus kena rampas. Kantoi aku punya sebab ada nama.

Itu je kot yang aku mampu geledah kotak memori aku buat masa ini. Budak-budak zaman sekarang main farmville, cityville yang ada kat Facebook. Takpun main playstation. Mana ada dah ceper atau batu seremban ni. Hebat tak hebat kreativiti budak-budak zaman dulu. Budak zaman sekarang tak ada kan?

No comments: