Sunday, March 27, 2011

Manusia

Bak kata denne di status facebook beliau
"Time cuti, bosan-bosan mati kutu. Bila tiba time nak balik, mati-mati tak nak balik. Apa manusia nak sebenarnya? Haha"

Kalau korang pikir, betul kan apa yang dia cakap? Jangan cakap la korang bukan yang macam ini. Seriously, manusia kadang-kadang tak pernah bersyukur.

Dapat awek cun, baik, memang lengkap la jadi isteri yang solehah, tapi still pergi mengurat awek orang lain. Sampai sanggup bertumbuk, bergaduh.

Apa sebenarnya yang korang nak?

Dah dapat result mantap-mantap, still nangis, sedih, putus asa, kecewa. Yang ini paling kerap aku tengok. Cuba bayangkan orang yang dapat result lagi teruk. Kenapa diaorang tak pergi pun bunuh diri. Diaorang still boleh relaks, belajar semula, dan akhirnya cemerlang.

Apa sebenarnya yang korang nak?

Dah dapat hidup kat JAD, tapi rasa JAD susah la, penat la, macam-macam la. Yang tak dapat pergi mana-mana, menganggur je kat rumah walaupun result SPM berderet A+.

Apa sebenarnya yang korang nak?

Dah dapat kawan yang prihatin, disebabkan satu silap kawan, terus putus kawan. Diri sendiri silap, tak pernah nak sedar. Bila dah tak ada siapa nak dengar baru cari kawan lama balik.

Apa sebenarnya yang korang nak?

Manusia tak pernah rasa puas dalam hidup. Dah dapat aiskrim, minta coklat. Dah dapat kereta minta rumah. Bak kata pepatah Melayu, dah dapat betis, nak peha. Sampai bila baru kita rasa puas? Tak akan, kita tak akan rasa puas.

So, pikir-pikirkanlah.

2 comments:

Fzee said...

Manusia mana pernah puas. Nafsu berserendeh mengalahkan akal.

tiARa~~ said...

weh..link br ak
www.belogtera.blogspot.com
kang ko x jumpa lak