Wednesday, October 19, 2011

Jenis-jenis perempuan

Lama tak taip entri secara serius. Dan sila bayangkan saya khusyuk menaip entri ini.

Macamana kita nak nilai seseorang perempuan. Kadang-kadang depan kita bukan main manja, bukan main baik, tapi belakang kita kutuk-kutuk, maki-maki kita. Tapi kadang kala ada juga lelaki yang tak kisah langsung girlfriend dia kutuk-kutuk atau maki-maki dia. Yang tu akan sambung untuk entri Jenis-jenis Lelaki pula.

1. Perempuan yang susah untuk ditinggalkan
Ada dua jenis perempuan yang susah untuk kena tinggal.

Salah satunya, perempuan tu sempurna semua benda. Memanglah dalam dunia ini tak ada orang sempurna. Tapi bila kita marah, dia diam, bila kita tipu dia pun dia diam. Memang susahla nak cari perempuan yang penyabar macam ini. Takut bila tinggal, perempuan lain tak penyabar macam dia. Tapi untuk perempuan yang macam ini, memang susah orang nak cari salah dia. Sanggup buat apa sahaja untuk cari kesilapan perempuan macam ini. Sampai sanggup memfitnah dan tuduh yang bukan-bukan.

Lagi satu pula jenis sempurna tapi sempurna tubuh badan. Muka lawa, badan solid, memang perghhh. Yang ini pun jenis susah nak kena tinggal. Sebab lelaki mesti la rasa dia tak boleh cari perempuan lain secantik perempuan tu. Daripada sempurna tubuh badan, jadi sempurna semua aspek. Nama pun cinta itu buta. Perempuan itu buat salah apa pun tak pernah nampak.

Tapi cantik luar tu tak kekal lama bro, dah tua nanti gerenti korang jemu pandang muka dia hari-hari. Tapi cantik dalam akan sentiasa mantain sampai tua. Kalau muka cantik, mulut macam langsuir tak guna juga.

Sanggup ke nak hidup bertahun-tahun dengan mulut langsuir. Untuk perempuan macam ini kena beware la. Takut bila dah tua nanti, muka dah kerepot, suami cari lain sebab tak tahan dengan perangai korang.

2. Perempuan yang mudah lupa kawan
Memang betul la kot kitaran dunia. Lelaki adalah makhluk yang paling setia dalam berkawan. Perempuan pula kadang-kadang kita taktahu apa salah kita, tiba-tiba je dia senyap dengan kita. Mungkin takut pakwe kena rampas kawan sendiri.

3. Perempuan yang suka merampas
Rampas ini banyak aspek. Rampas populariti, rampas kawan dan paling femes rampas pakwe. Kalau rampas pakwe tu memang muka tak cukup bedak.

Rampas populariti.
Perempuan memang terkenal dengan sikap cemburu dan iri hati. Hasad dengki pun termasuk sekali. Tak boleh tengok perempuan lain dapat perhatian orang lain. Kalau boleh dia pun nak. Mulalah cari tips-tips untuk menarik perhatian orang.

Antara tips-tips yang paling cikai buat suara gedik-gedik, manja-manja. Selalu buat diri sendiri bermasalah. Mungkin nak simpati orang. Daripada simpati, boleh tarik perhatian.

Rampas kawan
Yang ini taknak cakap lebih la.

Rampas pakwe
Kalau rampas sebab makwe lelaki tu bohsia ke, penipu ke, takpe la. Mungkin nak selamatkan lelaki tu dari api neraka. Tapi kalau diri sendiri merampas sebab nak bawa lelaki tu sama-sama masuk neraka, simpan je la niat itu. Kadang-kadang sampai sanggup buat macam-macam. Reka-reka cerita, buat diri sendiri teraniaya, fitnah sana sini.

4. Perempuan yang hipokrit
Tengok dari cara jalan, cara cakap, bagi kita memang sempurna la. Memang ciri-ciri muslimah solehah. Status kat facebook kalau boleh nak yang beragama. Tak cakap salah nak tulis status macam itu, tapi niat tu ke mana. Untuk tunjuk-tunjuk yang kita ini alim atau untuk motivasi diri.

Nasihat orang suruh belajar, jangan bercouple. Datang u untuk belajar bukan nak nikah. Tapi kalau kita sendiri pun bercouple, sampai ke nasihat kita.

Dengan boyfriend peluk sana-sini, cakap yang bukan-bukan, mencarut, simpan dendam. Teliti diri sendiri kita ini kat mana, sebelum nak nasihat orang. Kita kena perbaiki diri kita baru orang lain boleh dengar nasihat kita.

Penat la nak taip entri pasal ini. Kalau nak diikutkan, perempuan la makhluk yang paling complicated. Tapi kalau kita nak tahu perempuan ini betul-betul ikhlas dan baik, uji dia, tengok cara percakapan, tengok cara jalan.

Tahu kan, seorang perempuan boleh bawa seorang lelaki masuk ke neraka. Kalau di dunia apa yang dia buat, kita dengar, apa yang dia suruh kita buat. Tak pelik la, bila kat akhirat nanti, dia tarik kita masuk neraka. Kita mencorakkan mereka bukan mereka mencorakkan kita. (Kita=lelaki, Mereka=perempuan)


No comments: