Saturday, October 22, 2011

Selepas 6 bulan

6 bulan bergolek-golek, merengek-rengek dan akhirnya misi terlaksana malam tadi. Selepas 6 bulan akhirnya dapat juga makan Pizza Hut. Rasanya last makan kat KLCC. Ada juga kawan-kawan yang sudi melayan karenah Nina Rasid yang hampir bertukar menjadi Ogre. Aku yang roommate dengan dia hampir terikut sekali meroyan. Segala usaha dicurahkan dan akhirnya dapat menuju Pizza Hut sebelah Unisel.


Ultimate Cheesy 7 Pizza, 7 jenis cheese. Siap ada cheese ball lagi. Masuk 2 slices boleh lagi. Untuk slice yang ketiga, semua buat muka macam terpaksa sumbat dalam mulut. Balik je semua kepala pening-pening. Bangun-bangun pagi je rasa pipi dipenuhi dengan lemak-lemak 7 jenis cheese.

Yang penting mission accomplished.

(Kenapa tiba-tiba aku buat entri cerita pasal pizza ni?)

No comments: