Sunday, January 17, 2010

vandalisme

aku keluar rumah untuk kesekian kalinya. tak tahu la dah berapa hari aku tak keluar. dapat la juga mengurangkan lemak badan yang semakin bertambah dari sesaat ke sesaat. aku main kejar-kejar dengan adik aku memandangkan tinggal kami berdua sahaja kat rumah. aku angkat pasu bunga, main bakar-bakar sampah. aktiviti yang sangat mengeluarkan peluh. tak pernah rasa sesihat ini. memandangkan rumahku terletak di tepi jalan, dapatlah aku mengintai-intai orang yang lalu lalang. aku terpandang satu benda yang nampak seperti pondok telefon di seberang jalan berhampiran sekolah. selalu kita lihat pondok telefon berdiri tegak, tapi aku rasa orang yang nak menggunakannya kena berbaring. pondok telefon itu dah tumbang. nak dikata ribut taufan yang menumbangkan, kawasan tempat tinggalku sudah beberapa hari tidak hujan. makhluk apakah yang menjahanamkan pondok telefon ini yang memang dikhususkan untuk kegunaan awam. kalau orang yang tiada telefon bimbit mungkin masih boleh menggunakan telefon rumah. tapi orang yang tiada telefon rumah sekiranya berlaku kecemasan nak guna apa. nak kata ayam yang tiada akal yang menumbangkan, mereka masih boleh memikirkan yang mana jagung dan tanah. tak mungkin la ayam punya kerja. berhampiran pondok telefon itu ada beberapa anak muda yang menghabiskan waktu berborak-borak bukan menceritakan isu semasa, bahkan menunjuk-nunjuk motosikal kapcai mereka yang lawa akibat diubah sana sini merupai motosikal berkuasa tinggi. mereka ini bukan mahu mendirikan semula pondok telefon tersebut, hanya pandang tanpa buat apa-apa. mungkin bagi mereka tiada gunanya sebab pondok telefon itu terang-terangan tidak boleh digunakan lagi, tapi mereka dapat membantu menjaga imej kawasan tempat tinggal daripada pandangan negatif orang luar. ini la sikap remaja masa kini.

pandai-pandai renungkan la.


gambar hiasan semata-mata

No comments: