Monday, January 4, 2010

zaman sekolah

gambar ini diambil ketika aku masih kecil(cari aku yang mana)

04 januari 2010

aku bangun agak awal daripada kebiasaan. adik aku dah bising-bising tak sabar nak ke sekolah. tepat 6.30 ayah dah teman dia jalan kaki ke sekolah. nak hantar naik motor macam kelakar. sekolah depan mata je. selepas tengok budak-budak sekolah nak mulakan sesi 2010, aku teman adik aku yang lagi seorang naik sekolah. ambil rekod kesihatan untuk kemasukan asrama 11 haribulan nanti. aku tinjau-tinjau sekolah tempat aku bermain suatu ketika dahulu. banyak dah berubah. renovate sana sini. kalau dulu makmal komputer tak ada. memang kami pada masa itu boleh dikatakan buta teknologi maklumat. padang tempat acara sukaneka, hari sukan sekolah, tapak perkhemahan kami telah dibuat bangunan baru. dunia semakin maju.

tepat jam 3 aku kena hantar adik aku ke sekolah agama pula. cikgu-cikgu pun semua cikgu baru. kalau dulu ada 2 orang cikgu lelaki. sekarang semua cikgu perempuan. sementara menunggu bayaran yuran, aku duduk di kelas 6 firdaus. kelas terakhir aku di sekolah agama. rindu sangat zaman persekolahan.

mungkin ada benarnya cakap makcik, pakcik, nenek, atuk, ayah, mak, dan cikgu aku. mungkin kita tak sabar-sabar nak mengakhiri zaman persekolahan. tetapi zaman yang paling kita akan ingat zaman kita mula membaca, mengenal huruf dan berkenalan dengan ramai rakan.

p/s rindu rakan-rakan dan cikgu-cikgu.

3 comments:

imah said...

waaa..betu3!mmg rindu..:(

nurulsyafiqah said...

sedeyh n menyayat hati gile!

syahira said...

nurulsyafiqah:ngeng arr ko...sek ar.gi stadi leklok.nk spm an??huhu..