Sunday, March 21, 2010

orang kata jangan nilai sifat melalui rupa


dia minta wang, aku cakap ok.
dia nak cepat, aku cakap ok.

aku minta resit, dia kata nanti.
aku minta cepat, dia kata tak sempat.

muka cantik, memang kalah la nenek aku yang dinobatkan ratu dunia 50 tahun yang lalu. err.actually tak ada la lawa sangat. tapi sempurna seperti insan lain. kira cantik la tu. ada mata, ada telinga, ada mulut, ada kaki. bukan OKU(orang kurang upaya) mahupun OKA(orang kurang anggota). memang sempurna. aku hormat dia, aku panggil dia kakak. tapi kami bukan sedarah sedaging. cuma kami seislam, semelayu. dia lebih tua, sebab itu aku hormat dia. walaupun aku sakit hati gara-gara dia tak bagi info betul-betul, tapi aku bukan jenis pendendam mahupun pemarah. aku masih boleh senyum menghulurkan wang yang diminta. dia bukan along, bukan ceti. tapi dia kerani yang ditugaskan mengendali lesen kami. kredit aku habis disalurkan kepada nombor-nombor dia yang pelbagai. mesej kat situ tak dibalas, mesej kat sini tak direply.

aku bukan nak memuji dia, lagi mahu menceritakan kebaikan dia, jauh sekali. lagipun aku sendiri tidak pasti kebaikan dia. ini akibat berita yang aku terima baru-baru ini.

" kak **** dipecat. baru semalam dia kena buang. dia curi duit syarikat. apa-apa hal berkaitan lesen, contact abang."

abang driver yang famous kat blog aku ni.

memang tak percaya. tapi itu hakikat, fakta yang keluar. dalam belasan ribu kalau tak silap aku. apa yang dia nak buat dengan duit sebanyak itu. aku pegang beratus-ratus pun sampai bingung nak beli apa. akhirnya, aku simpan dalam bank bergerak, ibuku. kalau nak ambil(istilah sedap sikit daripada curi) buat belanja kahwin, tak payah kahwin kalau tak ada duit. kalau aku jadi majikan dia, memang dia menginap dalam lokap 450 hari, 450 malam.

konklusinya, selama ini dia minta duit cepat-cepat, tak bagi resit, rupanya dia nak songlap duit kitaorang. sampai aku terpaksa kutip daun tengah-tengah jalan, kumpul tin-tin kosong, pergi rumah-rumah orang minta besi buruk semata-mata dia nak duit tu cepat2. sadis gila hidup aku.haha.

aku jumpa dia memang aku kerat 56, aku goreng 24 bahagian, aku buat sup 12 bahagian, lagi 20 bahagian aku sedekah kat siapa2 yang nak. geram, marah. dan yang pasti aku cemburu sebab dia dapat duit banyak.haha.




1 comment:

fye said...

betul2,
da byk kali kne tipu sebab muke baik;



hakikat?
jauh panggang dari api..
uhu



*sedekah la bhgian lain kat aku..haha