Tuesday, November 30, 2010

Lukisan Kejuruteraan

Secara jujurnya aku tak pernah terpikir nak ambil kejuruteraan atau bahasa budak-budak zaman sekarang, engineering. Masa sekolah menengah pun, akibat tercampak ke sekolah yang semua perempuan dan hanya satu sahaja aliran yang boleh diambil, aliran sains. Masa kecik-kecik dulu aku minat gila nak jadi tentera laut. Atas sebab? Cantik kot uniform yang diaorang pakai. Bila naik darjah 3, aku dapat tahu kadar penglihatan aku semakin berkurangan, maka cita-cita untuk menjadi tentera laut terpaksa pergi bersama-sama kurangnya kehebatan melihat. Maka secara tidak rasmi, cita-cita bertukar ke bidang kedoktoran. Atas semangat sepupu yang belajar di Ireland, aku semakin berkobar-kobar dan saat itu aku pasti untuk menyumbang pada bangsa dan negara. Eceh, melampau sangat.

Tapi cita-cita yang kali kedua berhenti di tengah jalan. Sebab pertama, aku takut tengok mayat. Darah boleh lagi. Paling tak boleh tengok, video camna seorang wanita melahirkan anak melalui pembedahan. Aku tak pernah tengok video tu sampai habis. Sebab kedua, markah biologi aku yang sangat teruk. Dan minat terhadap biologi memang kurang. Mungkin ada sesetengah orang rasa, biologi lah subjek paling menyeronokkan masa zaman sekolah. Aku pula, setiap kali baca biologi, 1 jam boleh tahan lagi, masuk jam yang kedua, mata dah kuyu, badan dah ada atas katil. Masuk setengah jam yang seterusnya, aku dah ada kat dunia sendiri. Aku memang lemah subjek-subjek yang membaca. Dan aku suka kira-kira. Senang cerita, aku suka duit. Bila aku suka duit, maksud aku suka kira-kira. Tak paham? Takpe la.

Minat mula menyerlah bila hati tertanya-tanya macamna orang boleh terpikir nak cipta benda-benda yang kita selalu guna sekarang. Contoh, telefon bimbit. Tak pelik ke. Saiz yang kecik, boleh guna untuk macam-macam benda. Hebat sungguh akal diaorang. Dan aku semakin bersemangat sejak mula mempelajari lukisan kejuruteraan seminggu yang lepas. Aku rasa otak aku berjalan, dah tak lembap macam dulu. Kejuruteraan menjana daya kreativiti anda:)

No comments: