Sunday, December 12, 2010

Camping

Malas dah nak tulis entri yang sedih-sedih. Dah tak ada keseronokan nak membaca semula entri-entri tersebut. Lagipun aku bukannya jenis-perempuan-yang-suka-sedih. Kawan-kawan pun ramai tanya kenapa lately ni aku muram semacam. Bukan semacam dah, dua tiga macam. Entah la.

Semalam YPM anjurkan kem "Team Building" untuk semua batch JAD. Mula-mula risau pikir kem ni best ke tak. Dan untuk hari terakhir jelas dibuktikan kem ini memang ibu jari ke atas la. Penat tu memang la. Tak ada kem yang tak penat. Kecuali kem kursus tidur la. Eh, tak pernah ada orang buat kan?

Komen:
-Tempat tidur memang superb. Asrama pun tak secantik ini.
-Makanan memang sedap dan melazatkan.
-Aktiviti semua best-best dan mencabar minda betul.

Tapi kalau ada extreme activities lagi best. oh! rindu zaman sekolah masa camping KRS.:)

No comments: