Thursday, December 30, 2010

Wanita, Kegemukan, dan Lelaki Hot

Bila sebut pasal perempuan, memang tak boleh lari dengan dua benda. Tatau la kalau bagi korang ada lebih dari itu. Ini cuma pandangan aku. Aku pun wanita gak. sesuai ke guna wanita? Wanita=Gemuk=Lelaki Hot.



1. Gemuk
Bila orang tegur je, "Weh, kau dah gemuk". Terus cepat-cepat pandang cermin ukur lilit saiz badan. Takpun terus ajak turun joging walaupun sebelum ni dia la orang paling malas nak membuat aktiviti berkaitan senaman atau yang buat dia rasa dia sayang lemak yang dia kumpul sampai 10 tahun terperap dalam badan. Alasan ni, selalu gak aku guna. Aku sayang lemak aku. (Ayat faveret) Bagi lelaki pula, perempuan makan sikit je cakap kita takut gemuk. Kalau dah takde selera, takkan nak paksa. Lelaki pula suka cakap perempuan tu dah gemuk semata-mata nak tengok reaksi perempuan tu. Bagi perempuan yang kena tegur dengan lelaki yang dia suka mesti sepantas kilat cari jalan turunkan berat badan. Yela. Dahla lelaki yang dia suka yang cakap dia gemuk. Cuba pengemis-pengemis tepi jalan yang cakap dia gemuk. Mesti dia lalu tak pandang sebelah mata. Yedak?

2. Lelaki-lelaki Hot
Bila simptom Boys Over Flowers dah kian luput, simptom You Are Beautiful pulak jadi kegilaan. Masing-masing nak tukar profile picture jadi gambar lelaki-lelaki yang tak tahu kesejatian mereka.


Rasa gambar ni cukup ke nak jadikan diaorang lelaki sejati?

Senang cerita. Berita malam tadi. Bila Malaysia dapat julang piala Aff Suzuki. Rata-rata pengguna laman sesawang facebook ubah status, ubah nama. Syahira Safie pun jadi "Syahira Safee". (kehkeh, aku la tu). Berebutkan Khairul Fahmi Che Mat, Keeper Malaysia yang muka macam apek. Bila dapat tahu dia ada aweks, masing-masing frust menonggeng. Masing-masing cakap, Rajagobal pun boleh. Tapi lepas dia dapat pangkat Dato'.


Masa semua tengah demam piala thomas, masing-masing buat status nak Lin Dan, nak Lee Chong Wei. Bila demam piala suzuki pulak, Khairul Fahmi, Muslim Ahmad jadi sebutan. Lepas ni sukan apa pulak ye?

No comments: