Wednesday, March 2, 2011

Kenapa perempuan suka buat status kat facebook ibarat diari diaorang?

Tajuk entri super panjang kan? Actually, aku rasa aku dah tak ada idea nak tulis apa dalam blog aku ini. Nak tutup je akaun, tapi kesian pula follower aku walaupun tak sebanyak blog Mr. K atau Hiro , antara blog yang aku tak pernah miss baca setiap malam walaupun esok ada test kanji, goi atau test fizik.

Nak compare follower aku dgn follower diaorang macam kutub selatan dengan kutub utara. Macam timur laut dengan barat laut. Ibarat gajah dengan semut. Banyak betul peribahasa. Masa malam-malam macam ini la baru aku rasa otak aku berfungsi. Kalau tak, mesti dah ada kat UT tengah menghadap Counter Strike. Walaupun I perempuan, I pun main Counter Strike tau. DOTA je tak pernah cuba. Aku takut aku cuba main dota, habis suami, anak-anak, mak mertua, bapak mertua, jiran, kucing aku mati sebab aku tak masak.

Jauh sangat pula aku membebel lari daripada tajuk entri. Dahla nak pikir tajuk entri sampai membazir masa aku tidur, gosip dengan budak rumah, karaoke dalam bilik. Pernah tak nampak status yang keluar kat News Feed seperti ini.

"Ak rindu dy, ak nk dgr suara dy, nape dy buat ak mcm ni"

Ataupun seperti ini..

"Time kaseh shayang 4 last nite"<==status macam ini boleh buat otak aku bertukar dari warna pink jadi biru. Otak kita warna pink kan? Jangan cakap aku salah, jangan, jangan.

Dan seperti ini..

"Sayerr sukew dierr, sayerr shayang dieww"

Yang ini paling aku tak suka, boleh terbelit lidah I nyah!

Kenapa dan mengapa?

Antara sebab dia,

1. Dia rasa facebook tu diari dia.
Yela, face"book" ada perkataan buku membuatkan diaorang fikir dan rasa dan menganggap facebook itu ibarat buku yang membolehkan diaorang meluahkan dan memberitahu seluruh pelusuk dunia apa yang diaorang rasa.

Kalau nak tulis dalam buku diari, habis kena baca dek orang. Dah alang-alang, baik bagitahu terus. Bagi semua orang tahu. Betul tak?

2. Dia nak simpati daripada orang.
Bila pertama kali dia buat status macam tu, berderet-deret orang komen. Lagi-lagi yang komen tu lelaki. Memang rasa nak ulang balik buat status yang sama dalam masa yang sama.

Lagi-lagi yang status macam ini.

"Sy single"
So, what? Kau nak expect orang akan komen then bawah tu tulis "saya nak kapel dengan awak boleh?". Jangan nak bajet market la.
Atau kau tunggu aku request in relationship dengan kau? Euww, sampai nyah jadi staright pun I taknak.

Penat sebenarnya nak pikir ayat perlian yang sewajarnya. Dua reason je yang aku dapat bagi. Ada masa aku sambung lagi.

3 comments:

syamsulfitri said...

btol btol,hahahahah.

kadang uh status memang mencari publisiti.

jenis aku plak,copy ayat best dari tumblr or so wtv.

syahira said...

Haha.
Yang tu tak dapat dinafikan.
Ini kes kutuk kaum sendiri.

zaniCk said...

cheah, 100000X setuju.