Wednesday, April 27, 2011

Cemburu atau iri hati

Manusia bila cemburu, apa pun boleh. Cemburu sebab orang tu lagi cantik daripada dia, cemburu sebab orang tu lagi pandai dari dia, cemburu sebab orang tu lagi kaya daripada dia. Sikap cemburu ini ada kat semua orang. Yang aku nak cakap kat sini, orang takkan senang bila tengok orang lain senang. Banyak je cara yang diaorang boleh buat untuk pastikan orang tu sakit hati.

Kat sini aku nak listkan la ciri-ciri orang yang cemburu atau iri hati ini.

Kalau dulu puji bukan main melambung, sekarang kutuk atau perli tak pernah lekang

Sikit-sikit ada je benda yang kalau boleh nak kutuk. Walaupun benda tu mungkin gurauan, tapi kalau dah selalu buat, sakit hati juga. Ye dak?

Sebagai contoh, dulu dia minat gila kat perempuan ini. Puji macam-macam dengan bestfriend dia. Tapi alih-alih, bestfriend dia yang dapat tackle minah ini. Selepas je tahu, kutuk bukan main. Cakap la yang perempuan ini busuk la, pengotor la. Kutuk-kutuk la yang relationship diaorang takkan tahan lama. Tujuan cuma satu, iri hati.

Apa je yang orang tu buat, semua serba tak kena/ Marah tanpa sebab

Terlanggar bahu sikit, tengking macam singa lapar. Tergurau sikit, merajuk macam muncung itik. Terpijak kaki sikit, berdengus macam gajah mengamuk.

Semua benda serba tak kena. Mungkin dah ada cop kat dahi orang tu. "SILA MARAH KALAU SAYA TERLANGGAR, TERGURAU, ATAU TERPIJAK"

Sikit-sikit nak berbisik-bisik, sikit-sikit nak berahsia

Padahal rahsia dia tak mandi pagi je, tu pun nak bisik-bisik, konon nak create something yang boleh buat orang tu rasa sakit hati tengok perangai diaorang yang berahsia.

Oh, aku paling tak suka orang berahsia.

Rahsia pun rahsia la. Tak payah nak bagitahu kat semua orang yang kau ada rahsia yang perlu disimpan. Secara tidak langsung kau bagitahu kat semua orang yang kau ada rahsia dan perlu merayu-rayu kat korang untuk tahu rahsia itu.


Buat apa la kita nak iri hati dengan orang lain. Cuba berada di tempat diaorang, selami jiwa raga, selami perasaan diaorang. Biarlah diaorang senang hati. Dah masa tu turn diaorang dapat benda baik. Bila turn korang, rasa sendiri la apa pandangan orang kat korang pula. Dan tak salah kita nak share rasa senang tu. Takkan la bila sedih je boleh share. Dan untuk orang yang menjadi pendengar, terima je la. Tak pun cakap terus terang. "Aku taknak dengar cerita kau la". Jangan jadi manusia hipokrit.

Sakitkan hati sendiri, sakitkan hati orang lain juga. Ye dak?

Orang takkan pernah rasa apa yang kita rasa. Walaupun diaorang cakap "aku paham apa yang kau rasa" dan sebenarnya diaorang tak paham dan takkan pernah paham.


No comments: