Saturday, May 28, 2011

Kebenaran dalam hidup

Masa tengah mereblog-reblog tumblr, aku jumpa satu benda. Banyak la pasal hidup-hidup kita sebagai manusia. Tapi aku post sikit je la. Nak tahu lagi, sila ye singgah tumblr saya. Bila baca, aku rasa memang 100% betul. Tatau la bagi sesetengah orang camna. Tapi bagi aku memang betul.

Ada orang rasa berjaya tak ada erti apa-apa bagi dia. Mungkin sebab parents dia dah kaya. So, buat apa dia nak belajar sampai lewat malam untuk berjaya. Tapi bagi orang yang dah selalu hidup susah, berjaya adalah benda yang sangat penting. Itu yang ada sampai sanggup bunuh diri sebab tak lulus periksa atau kena buang kerja. Mungkin bagi dia lebih baik dia mati daripada hidup susah.

Jangan la asyik merungut atau salahkan takdir kalau kita hidup susah. Jangan la selalu mengharap lebih. Tak boleh tengok orang lain ada kereta besar, kita pun nak kereta besar. Tak pun asyik merungut dilahirkan dalam keluarga susah. Allah jadikan dunia ni seimbang. Ada kaya ada miskin. Kalau tak buat apa ada orang kaya kalau bukan untuk menolong orang miskin. Buat apa ada petani kalau bukan untuk menanam padi. Buat apa ada nelayan untuk menjala ikan. Semua orang ada kelebihan sendiri. Dan Allah jadikan manusia ini sama rata. Mati nanti pun Allah pandang sama tak kisah kaya atau miskin, yang penting amalan.

Ini realiti hidup. Yang besar memang ada naluri untuk menindas yang kecil. Dan benda ini memang terjadi dalam hidup kita. Jadi cubalah untuk elakkan mereka. Bila ada pangkat tinggi, kaya semua benda memang berpihak pada dia. Memang realiti.


Tak salah kalau kita nak simpan angan-angan nak jadi angkasawan ke, pencipta roket ke, yang memang bagi kita muri atau tak logik. Cuma pastikan benda tu jadi realiti atau logik untuk terjadi. Kalau simpan angan-angan nak jadi Justin Bieber, tapi suara tak sedap, tak payah la nak berangan-angan dah. Bukan tak boleh berangan-angan. Kadang-kadang orang simpan angan-angan untuk bagi dia semangat dalam capai apa yang dia nak. Cuma pastikan benda tu memang logik akan terjadi.

No comments: