Saturday, June 18, 2011

2 Tahun


Hasil seni 5 Usaha

2 Tahun tinggalkan SSP,
2 Tahun tinggalkan zaman sekolah,
2 Tahun tinggalkan cikgu-cikgu yang baik hati,
2 Tahun tinggalkan dewan makan,
2 Tahun tinggalkan gazebo-gazebo tercinta
Kalau nak tulis memang sampai esok la.
SSP-Tempat aku belajar jadi orang, tempat belajar macamana nak homesick, tempat belajar hari-hari call mak nak pindah sekolah, tempat belajar jalan-jalan outing pergi Alamanda, tempat belajar macam-macam benda la.

Aku nak cerita la tempoh tumbesaran aku kat sini dari form 1 sampai form 5.

Form 1- Masa mula-mula daftar masuk, tak nangis langsung bila mak ayah balik. 5 hari minggu orientasi, tak boleh telefon mak ayah, kena marah dengan senior-senior yang garang, dalam 5 hari je barang aku dah banyak hilang.

Tapi nasib baik ada CS(college sister) yang baik hati, Kak Ama. Tapi taktahu dia kat mana dah sekarang. Baldi pecah pun aku ngadu kat dia. Yela, form 1 kan. Kena la layan. Haha

Hari-hari aku call mak. Hari-hari nangis nak pindah sekolah. Masa form 1 ini la kakak-kakak senior kuat membuli. Sampai sanggup sorok bawah katil, atau pura-pura tidur everytime kena suruh pergi cafe atau dewan makan. Oh, dan masa ini la kitaorang kena hafal semua nama senior. Nama atuk aku siap berbin pun kadang-kadang aku lupa. Minta tandatangan, kena nyanyi lagu johor, kena menari asalehe la. Haish, kelakar bila pikir balik. Oh, lupa. Kena marching dalam dorm juga.

Cikgu Fizik, Puan Jamilah

Form 2- Masa ini dah naik kepala sikit. Sikit je la. Tapi sebab masa form 1 result teruk, naik form 2 bersemangat sikit belajar. Ada adik-adik form 1 baru masuk, sibuk nak kacau. Haha. Bajet dah senior la masa ini. Dah kurang call mak. Mak pula yang asyik tanya kenapa tak call.

Masa ini still kena buli lagi. Sebab form 1 tak boleh kacau. Kitaorang la jadi mangsa. Tapi best sebab dapat dorm atas. Boleh usha-usha budak form 1 kena lecture kat fountain. Haha

Form 3- Busy nak PMR. Sampai ada junior tak kenal. Tapi memang malas pun nak kacau-kacau junior ini. Dah takde mengadu-ngadu nak pindah sekolah. Dah matang, waras dan sewajarnya.

Dan aku suka pandang sepuluh macam kat junior yang suka lalu tangga form 3. Senioriti tak? Haha.

Dan hidup aku masa form 3 ini dalam kelas je. Prep dalam kelas. Hujung minggu pun dalam kelas. Tapi bukan belajar pun. Online. Haha. Kat dalam setiap kelas ada dua buah computer siap berkabelkan internet. Tapi kitaorang disediakan internet bukan untuk online. Bila dah gian sangat nak online, pergi cyber cafe tepi library. Kat library pun ada internet tapi selalu junior la yang melambak guna. Tak suka junior. Haha

Oh, aku banyak juga buang masa kat library masa form 3 ini. Konon study la. Padahal baru masuk setengah jam dah tidur sebab sejuk dan berhawa dingin(skema tak).

Form 4- Kelas yang sama masa form 3. Kelas yang agak taihen la. Masa ini sangat happy. Sebab dah masuk alam senior kan. Dan aku suka marah-marah junior masa kawad KRS. Siapa suruh tak datang, then nak kena ajar banyak kali. Penat la.

Masa sport's day pun busy. Sebab form 4 kena handle semua benda. Masa teacher's day best gila. Masa tu buat tema "beach". Memang betul-betul ada pantai. Mana entah diaorang angkut pasir-pasir tu. Tapi fun gila.

Masa ini tiap-tiap kelas nak buat trip. Kelas 4 Usaha pun cadang dan cadang nak buat trip pergi Sarawak. Excited gila masa tu. Naik flight kot. Jakun tak jakun. Haha.

Tapi malang betul, tarikh balik dari Sarawak tarikh sama pergi Nihon. Nak taknak, tak dapat la join diaorang pergi Sarawak. Tapi burn la duit tiket flight.

Nescafe yang disponsor oleh Mitty dan Jaja

Form 5- Masa ini semua tengah struggle gila-gila. Budak SPM la katakan. Masa trial semua sibuk cari soalan spot sana sini. Jahat gila masa ini. Bawa phone. Okay, takdela jahat sangat. Sebab aku dah bawa phone since form 3 lagi. Hihi. Tapi masa ini la tak pelik bila dalam dorm dengar orang bercakap-cakap bawah selimut.

Tapi teruk juga masa ini. Panjat makmal bio semata-mata nak tolong kawan caskan phone. Baik juga aku ini merisikokan diri sendiri. Jangan contoh.

Sekolah kitaorang ada sistem merit-dimerit. Dan aku pelik betul kenapa Sapphire(rumah biru) tak pernah dapat markah merit lebih dari rumah lain sepanjang aku duduk kat SSP?

Tengah nak trial pun sempat lagi pergi Kem KRS Kebangsaan kat Kelantan. Balik-balik je sijil hilang. Sebab aku lupa aku letak mana. Penyakit short-term-memory-loss aku ini bila nak baik?
Dan result trial sangatlah teruk yang menyebabkan aku tak berjaya apply exxon mobile. Penat je gelabah kena interview.

Kalau nak cerita masa-masa kat SSP ini memang panjang la. 5 tahun kot. 5 tahun tu orang boleh kahwin, ada anak, ada rumah semua.

Benda paling seronok kat SSP:

1. Study kat gazebo malam-malam walaupun gelap. Lepastu tertidur, dan aku kena tinggal masa prep.
2. Masuk dewan makan untuk supper antara orang yang terawal. Sebab tu aku suka duduk kat gazebo, dekat dengan dewan makan.
3. Study ramai-ramai dengan kawan yang berakhir dengan borak benda-benda yang tak berfaedah.
4. Makan ramai-ramai kat dewan makan bila semua orang balik dan cuma tinggal budak form 5 je.
5. Makan supplement yang cuma dibuang ke dalam tong sampah. Arghh. Tak suka vitamin.
6. Minum air watercooler yang selalu menyebabkan aku sakit tekak.
7. Kawan-kawan yang penyayang dan ambil berat.
8. Cikgu-cikgu yang tegas. Yang selalu marah sebab aku tidur bawah meja masa biology. Tak suka bio.
9. Peraturan-peraturan sekolah yang makin hari makin menyeksakan.
10. Keadaan SSP yang sangat panas, yang membakar kulit-kulit muka. Kan dah gelap sekarang.

3 comments:

MoSyaZ said...

aku suka no.8 . setuju !

zaniCk said...

cheah.aku pun suka no.8 ..
ingat tak geng meja lab kt belakang time cg suhaiza? skali ng mah and ayu..
best gler.

syahira said...

Zanick,
Tahu takpe. Pastu tidur masa ustaz ajar kat depan. Dahla satu meja tidur. Haha