Friday, September 30, 2011

Seminggu tanpa mendapat apa-apa

Okay, cuti yang sangat membosankan. Alih-alih dah hari Isnin dah pun. Apa aku buat kat rumah sepanjang cuti ini? Kertas shukudai untuk happyou kenkyu pun kekal berlipat kat dalam beg. Tak pernah keluarkan langsung dari awal dimasukkan dalam beg dan kekal di tempat asalnya sehingga kini.

Nak cerita la pasal kenduri kahwin sepupu aku. Kami gerak pergi KL Hari Jumaat. Dahla tengahari buta gerak. Memang 2,3 kali turun kat R&R. Macam biasa, setiap kali balik KL tak sah kalau tak tidur dalam kereta. Adik aku yang last kena chicken pox. Dah macam polka dots tengok muka dia penuh bintik-bintik. Memandangkan aku dah pernah kena masa zaman kecil-kecil dulu, kerja menyakat dia je la.

Singgah TBP kejap ambil barang, baju. Sebab balik hari tu pun tak bawa apa-apa. Sampai-sampai je kat Batu 9, Cheras, banyak kerja menanti. Kesian tengok nenek buat kerja sorang-sorang. Dengan gagah dan perkasa angkut kotak-kotak epal dari luar bawa masuk dalam. Dan sekarang ini sakit belakang la pula. Saya patut belajar minum susu untuk tulang yang sihat dan cergas.
Ini gambar diaorang.

Sepupu aku yang lelaki dan dapat orang Terengganu. Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal ke anak cucu.

No comments: