Saturday, October 8, 2011

Entri Bertajuk

Saya cuma insan biasa. Lahir pun ikut perut ibu. Bersekolah, belajar apa makna hidup. Dari kecil diajar tentang agama. Punya perasaan gembira, sedih, suka, dan kecewa. Saya seperti anda dan anda. Luar nampak kuat tapi dalam sangat lemah. Saya mampu untuk tersenyum walaupun jauh di dalam saya menangis. Saya jenis suka berterus terang. Dan saya suka orang yang berterus terang. Saya tak pandai menipu. Bila saya menipu, muka saya jadi pelik. Bila saya jadi pelik, maka kantoilah kan. Berhenti bercerita pasal saya. Sebab anda dan anda tidak kenal saya.

Hari ini saya nak berkaunseling. Dalam hidup ini kadang-kadang benda yang buat kita gembira mampu hancurkan perasaan kita sekelip mata sahaja. Saat itu kita fikir, satu hari nanti aku takkan ulang kesilapan yang sama. Tapi cuma saat itu. Saat akan datang bila ianya kembali kita lupa apa yang kita pernah cakapkan bertahun-tahun dahulu. Kita lupa apa prinsip kita, kita lupa janji kita. Bila kita bercerita dengan orang, "Aku tak suka macam ini dan macam itu". Tapi kita tidak pernah sedar kita telahpun jadi orang yang kita benci.

Bila orang buat jahat kita tak seharusnya melakukan perkara yang sama. Kita disuruh memaafkan kesalahan orang lain. Kita beri peluang kedua. Tapi pernah tak kita sedar peluang yang kita bagi kepada orang lain sebenarnya telah melukakan hati orang lain. Saat itu kita tidak pernah terfikir untuk menghargai orang tersebut. Saat itu kita tidak pernah terfikir kebaikan orang tersebut. Apa yang kita nampak depan mata semua salah bagi kita. Satu keburukan mampu untuk melupakan seribu kebaikan. Tak semua insan sempurna. Ye, memang. Tak ada orang yang sempurna di dunia ini. Tapi kita pernah terfikir tak. Kita mampu untuk bagi peluang kedua kat orang lain tapi kita tak mampu untuk bagi perkara yang sama terhadap orang lain. Apa yang beza? Semua sama. Semua manusia.

Tapi yang membezakan betapa pentingnya orang tersebut bagi kita. Tapi tahukah kita bila kita melukakan hati orang lain, ia mengambil bertahun-tahun untuk sembuh. Dan mungkin menyebabkan dia berubah menjadi orang lain. Menjadi lebih baik atau menjadi lebih teruk. Kita pernah terfikir tak akibat sikap pentingkan diri kita, kita tak peduli perasaan orang lain. Yang kita fikir kita gembira, buat apa kita nak pikir pasal orang lain. Dan lama-lama dia akan ok. Ayat itu sering timbul dalam kepala fikiran kita. Tapi kita pernah tak cuba untuk meletakkan diri kita di tempat orang tersebut. Bila kita letak, barulah kita tahu betapa pentingnya perasaan orang lain.

Ini lumrah kehidupan. Yang kuat akan menang, dan yang lemah akan kalah. Tapi janganlah kita menjadi kuat di mata orang tapi kita lemah di mata Allah. Di mata orang kita serba baik, kita tunjuk kat orang betapa baiknya kita. Tapi di mata Allah, kita sangat hina, kita buat apa yang dilarang. Kita sedar betapa dosanya kita tapi kita tidak pernah cuba untuk membetulkan kesilapan kita. Kita pilih jalan lain. Tapi bila tiba masanya kita akan pilih jalan yang sama. Kita tidak pernah sedar. Kita tidak pernah cuba untuk pilih jalan yang lain.

Cukuplah sampai sini sahaja motivasi kita. Ini juga untuk peringatan diri sendiri. Bila rasa down atau kurang semangat, akan saya baca balik motivasi ini.

Inilah hasil seorang pelajar JAD yang kebosanan pada hujung minggu.

No comments: