Sunday, November 6, 2011

Hari Raya Haji

Dah dua entri aku tulis sekerat jalan, tak sempat nak sambung. Cuti haritu balik rumah, makan daging korban banyak sangat, otak tak boleh nak berfungsi.

Pesanan untuk abang saya, jangan beli tiket bas lambat sangat dan jangan sesekali beli tiket naik kat TBS. Serik dah. Walaupun TBS tu macam KLIA, tapi nak pergi TBS tu tak sama langsung macam nak pergi KLIA. Kalau anda-anda dari Batu Tiga nak turun Bandar Tasik Selatan, jangan sesekali turun kat KL Sentral dan jangan ambil train pergi Seremban. Sebab anda takkan pernah dapat jejak kaki dalam train tersebut. Padat gilaaaaaaaaaaaa:'(

Jadi untuk memudahkan kerja, ambil je train pergi Batu Caves turun dekat Bank Negara. Ambil LRT dari Bandaraya turun kat Bandar Tasik Selatan. Walaupun banyak kerja nak kena buat, ia lebih baik dari tak dapat jejak kaki langsung dalam train. (Sejak bila aku kerja part time kat KTM ni?)

Dah jalan biasa jammed, naik train pun penuh dengan orang, Malaysia kena buat pengangkutan udara pula lepas ni.

Hari Ahad tu balik kampung Batu Pahat. Mak cakap balik rumah hari Ahad tu juga. Tapi biasa la, sehari mak bermaksud sampai pagi keesokan hari. Sambut birthday nenek yang ke..err tak ingat la. Gembira betul nenek bila dapat banyak hadiah, dan banyak makanan masa tu. Okay, saya tak stop makan. Lepas sup tulang, ambil pulut kuning, ambil rendang, ambil nasi, ambil kari, ambil kek. Siapa yang tak dapat beraya kat kampung tu diminta jangan jeles ye baca entri saya ini. Muahehe.

Raya haji tahun ini memang meriah sebab dapat makan daging hari-hari. Mood:Heaven

Soalan ini pernah diajukan dalam status facebook. So, sempena raya haji ni, adakah kita akan cuba apa apa sahaja untuk dapat apa yang kita nak atau kita lepaskan asalkan orang lain happy. Kalau anda bagaimana?

No comments: