Wednesday, January 25, 2012

My Super Great Superhero

Exam nak dekat dah. Tapi apa yang aku buat depan laptop. Macamana nak pandai kalau tak study. Bila result teruk baru rasa menyesal study last minute, menyesal tak study betul-betul, menyesal tak buat kadai, bla, bla. Tahu apa bakal jadi kalau study last minute. Ye, saya masih lagi melekat depan laptop. Balik CNY hari tu pun, tak ada peluang untuk buka buku.

Jadi, bagi saya 5 minit untuk cerita pasal My Super Great Superhero. Susah la nak jumpa orang yang dapat sebut nama ayah saya dengan betul. Tapi saya selalu tulis nama ayah saya dengan "safi'e "(kecuali dalam facebook). Tapi masih ada juga yang pronouns "safi". And sometimes orang eja "shafie". Tak apalah, yang penting mereka tahu itu ayah saya. Ayah saya bukan Batman, bukan Superman, bukan polis(walaupun pernah jadi sukarela polis), bukan askar, bukan doktor. Tapi dia adalah ayah saya.

Masa kecil dulu, saya suka gaduh dengan abang saya. Beza setahun. Nak tunggu adik saya lahir lagi 5 tahun. Jadi saya boring dan tak ada kawan. Abang saya je la kawan saya. Tapi kalau gaduh macam nak pecah satu rumah. Kejar sana, kejar sini. Pukul sana, pukul sini. Lawan gusti. Bila ayah saya dah tak tahan, habis la hanger pecah berderai kena kat kaki. Kalau dulu abang saya balik lewat, ayah takkan bagi dia masuk rumah sampai isyak. Dia duduk la sorang-sorang kat tembok. Masa tu baru umur berapa tahun. Kecil lagi. Ayah pernah ikat dia kat pokok rambutan, habis dia kena gigit kerengga. Abang saya memang nakal masa dulu-dulu.

Sebab tu jugalah muka dia pernah terbakar dulu. Nasib baik aset bulu mata tu masih ada.

Tapi kan, sebab cara ayah saya didik kitaorang lah, sampai sekarang kitaorang ingat. Dan bila terkenang balik, rasa macam kelakar pun ada. Ayah didik kitaorang dengan pelajaran sampai sekarang kitaorang dapat belajar kat JAD. Apapun yang terjadi, anak-anak dia dahulukan. Walaupun sanggup ulang alik pergi KL, tapi demi anak-anak dia gagahkan. *okay, rasa nak nangis. Masa saya buat lesen kereta, dia tunggu dari pukul 8 sampai pukul 12 kat pusat memandu itu. Tak berganjak pun. Lepastu kena tunggu lagi sampai lesen saya siap.

Ayah saya rajin. Walaupun dia garang sebab ada darah jawa. Tapi dia rajin bila buat kerja. Dia pandai masak. Kalau buat nasi goreng, mak pun kalah. Kalau lukis peta, traffic light pun dia boleh tahu kat mana. Kalau kitaorang pergi negeri luar dari Johor, ada je kawan-kawan dia kat mana. Kadang-kadang pelik juga. Jalan kat Kuala Lumpur pun dia jarang sesat. Konklusinya. Ayah saya AWESOME!

<3 you Dad!


1 comment:

Mitsuwira said...

Cik Mat memang terbaekkk. Pakcik yang macam kawan hehehe..