Saturday, February 25, 2012

Perempuan

Atas disebabkan aku ini pun perempuan juga, aku nak bagitahu la siapa sebenarnya perempuan ini.
Bagi lelaki tu tak semestinya dia kenal perempuan tu, dia tahu luar dalam perempuan tu. Jadi, sila tanya pada yang pakar iaitu perempuan juga.

Cemburu
Bila perempuan cemburu, ada dua jenis perempuan. Yang cemburu dia akan tunjuk dan yang jenis cemburu tak tunjuk. Maksud aku cemburu jenis tunjuk ini. Bila nampak bf/suami/kawantidaksejantina dia keluar dengan perempuan lain, dia akan marah2 dan tengking2 lepastu buat muncung itik konon merajuk la. Kalau jenis yang tak tunjuk pula jenis kau nak berfoya2 dengan perempuan lain pun dia tak pernah nak marah. Tapi, perempuan still akan ada perasaaan cemburu tu. Deep down mesti ada. Tapi kalau jenis yang tak tunjuk tu sebab dia rasa dia tak ada hak untuk cemburu. Jadi, korang jangan la pergi makin nak keluar dengan perempuan lain sebab dia jenis tak kisah. Luar nampak tak kisah, tapi dalam memang macam kena siat2 la. So, korang kena la paham2 sendiri. Letak situasi dia kat korang.

Ego
Bila perempuan cakap sorry, bukan bermaksud dia yang bersalah. Tapi dia nak jaga relationship tu. Dia nak jatuhkan rasa ego dia dan dia harap lelaki tu sedar yang itu memang salah dia. Tapi kalau yang jenis asyik nak salahkan korang je, walaupun terang2 salah perempuan tu, perempuan tu cuma nak korang tunduk pada dia. Hebat apa perempuan tu bila dapat buat lelaki tunduk pada dia. Tapi lelaki tu la yang penakut. Tak payah jadi lelaki la kalau macam tu.

Berterus terang
Kalau ada perempuan yang sanggup tumpangkan telinga dia dengar segala masalah korang, bukan bermakna dia jenis tak kisah apa pun yang korang cerita. Pandai2 la tapis cerita. Kalau dah perempuan tu ada hati kat korang, lepastu korang pergi cerita pasal perempuan lain, tapi dia still dengar je, korang mana tahu kalau hati dia tengah menangis. Yang korang pun rasa syok je kan cerita bila ada orang nak dengar. Perempuan ini bukan makhluk yang jenis pandai berterus terang. Yang dia tahu, dia nak sentiasa ada je untuk orang tu.

Menipu
Perempuan bila sekali dia menipu, berkali2 dia akan menipu. Alasan aku menipu sebab aku tak nak relationship aku dengan dia putus tu cuma alasan saja. Kenapa perlu menipu. Kalau sudah ditakdirkan si dia jodoh kita, tak payah menipu. Allah akan mempermudahkan segalanya. Makin kau menipu, makin banyak benda yang kau akan tipu. Sebelum kahwin, kau menipu, lepas kahwin, kau nak curang pula.

Perempuan dia tak nak apa2 pun sebagai balasan untuk apa yang dia dah buat. Cuma untuk rasa dihargai je pun dah cukup. Hargai la dengan cakap terima kasih atau janganlah buat sesuatu yang menyakitkan hati dia. Bila seorang perempuan setia menunggu, bermaksud dia memang tetap setia menunggu. Korang datang la jumpa dia 10 tahun akan datang, dia tetap akan sedia ada untuk korang.

No comments: