Saturday, May 19, 2012

Jenis peng"like" Fb

Sekarang aku guna Fb sebagai medan untuk update isu semasa, stalk orang, info-info. Nak update status pun dah malas. Kat phone pun apps Facebook dah buang. Tapi ada juga certain orang yang masih gunakan Fb sebagai medan untuk upload gambar baru. Dengan timeline sekarang yang ada cover photo kalau letak gambar sendiri, jerawat pun boleh nampak. Bila dah guna timeline, ramai pula yang gelabah nak tukar pada yang lama. Lepastu bila kita komen gambar lama, dia keluar kat News Feed orang. Tak payah nak up to date sangat.

Kat Fb ini macam-macam jenis orang boleh jumpa. Tapi aku nak cerita pasal "Like".

Ada yang "Like" sebab dia memang like status orang tu atau gambar-gambar dia. Atau mungkin application yang selalu keluar kat News Feed tu. "Apakah ciri pasangan anda", "Apakah ciri yang ada pada anda", "Apakah watak jahat anda" dan seumpamanya. Bila nampak orang main apps tu, mesti rasa, bosan sangat ke sampai main benda-benda macam ini. 


Ada yang "Like" sebab dia memang "Like" status semua orang. Ini tak tahu la sebab bosan juga atau mungkin dia set Fb dia automatik "Like" status semua orang kot. Tak penat ke nak "Like" semua orang tu. Contoh kalau orang buat status, "Hari ini nenek aku meninggal, Innalillah. " Lepastu korang "Like", haru biru jadinya. Kalau korang jenis suka "Like", tolong jangan "Like" status aku. "Like" bila korang rasa suka je. Lagi-lagi bila keluar kat News Feed,  ......watched XXXVideo. Tangan tu jangan gatal-gatal nak klik. Spam semata-mata.

Ada yang "Like" sebab "Ah, aku crush dengan dia". Setiap wall post, status, photo semua nak "Like". Agak-agaklah kalau crush pun. Jangan tunjuk sangat.

Ada yang "Like" sebab kalau aku "Like" status kau ini, kau kena "Like" status aku. Jangan hairan, sebab pernah berlaku. Ada orang "Like" status aku. Then, dia update status. 10 minutes, tak ada orang "Like" pun status dia. Tiba-tiba "ping pong" keluar kat Fb Chat bawah tu. "Weh, Che'ah, "Like" la status aku, aku dah "Like" status kau tu".

Penat aku tulis "Like".


No comments: