Saturday, May 12, 2012

Hemah dalam menegur

Sebenarnya aku tak paham apa tujuan buat benda-benda yang tak mendatangkan faedah langsung untuk diri sendiri. Baru-baru ini pasal kes mak pukul bayi. Wallahualam apa cerita di sebalik tu. Dan apa cerita pasal orang yang rakam tu. Kita tak tahu cerita sebenar, jadi kita janganlah buat andaian yang bukan-bukan.

Tak salah kalau kita nak luahkan apa yang kita rasa. Nak luah betapa geramnya kita tengok video tu. Nak luah betapa bencinya kita dengan pelaku tu. Tak salah, tapi bila kita komen dengan perkataan-perkataan mencarut, memaki-maki, kita sama je dengan mak yang pukul bayi tu. Kita tak suka, tapi kita buat benda yang sama. Jadi, kita pun patut kena maki la kan.

Lepastu, dengan berita Mamat ini update status kat Fb nak bunuh diri. Aku tak berminat dengan apa yang dia update, tapi tertarik membaca komen-komen di bawah tu. Hanya segelintir sahaja yang komen dengan rasional. Yang lain? Mencarut, dan memaki-maki.

Kita negara Islam, yang majoriti orang Melayu yang beragama Islam. Tunjuklah sikap kita sebagai muslim dan muslimah. Yang berhemah dalam memberi teguran.


No comments: