Monday, May 7, 2012

It's not about WHO we are.

Siapa saya. Anak kedua. Siapa saya. Orang Johor. Siapa saya. Perempuan.

Kadangkala sikap kita sering disalahertikan dengan siapa kita. Sebagai contoh.

"Eh, awak ini emosional la. Perempuan memang macam ini ea". Disebabkan seorang perempuan yang emosional. Maka, keseluruhan perempuan dianggap emosional.

Lagi-lagi bila bercerita pasal politik. Disebabkan satu ahli dari parti ini buat silap, maka seluruh parti itu akan dianggap silap.

Orang Melayu memang suka melabelkan dan mengkategorikan orang lain. Walaupun ada di antara kita yang tak ambil ringan, tapi ada juga yang percaya.

"Orang dari sini, rajin, peramah dan baik hati. Kalau orang negeri sana, semangat kenegerian kuat, pengotor dan kasar."

"Anak sulung ini memang protective, kuat control. Anak bongsu ini manja. Anak kedua ini itulah inilah"

Tapi tak ada pula bila interview mana-mana, kerja atau universiti, soalan akan tanya awak ini orang mana, anak ke berapa. Kalau kat Jepun. mereka cukup percaya dengan jenis darah. Jadi, bila interview, soalan akhir sekali mereka akan tanya, darah jenis apa. Mungkin adalah kot kajian, darah ini boleh membentuk peribadi seseorang.

Tak boleh ke kalau once kita label orang ini macam ini, macam itu, jangan label siapa dia. Kalau dia emosional, hanya dia yang emosional. Semua tu kan peribadi yang dibentuk oleh seseorang. Janganlah mudah men"judge" seseorang itu.

No comments: