Monday, December 21, 2009

damn...i'm bored



aku seperti hilang arah tuju.bangun pagi tatkala mata ini dicelikkan jam sudah pun menunjukkan pukul 9 pagi.boleh dibilang dengan jari berapa kali aje aku bangun awal.itu pun hanya seawal 8 pagi.

aku seperti hilang semangat.rakan-rakanku di facebook semua hilang menuju ke destinasi masing-masing.faizah dan emilyana, jangan lupa cenderahati untuk rakanmu di sini.sakira pulang ke kelantan.dan hanya tinggal aku disini.tiada arah hidup.seperti mahu tidur tidak bangun-bangun.

segala perancangan tatkala sebelum mengakhiri persekolahan hilang begitu sahaja.dan kini aku hanya duduk menanti untuk dibawa berjalan-jalan.azamku untuk menurunkan berat badan pun hanya hangat-hangat tahi ayam.hanya bertahan 2,3 hari bermulanya cuti.aku seperti mempunyai hobi baru.makan tanpa berhenti.

maaf jika anda berjumpa dengan saya untuk tahun hadapan, anda sudah tidak mengenali saya.aku perlukan semangat untuk bangkit.rakan-rakan lain semestinya sedang menghadapi ujian memandu kenderaan.aku belum bersedia untuk itu.mungkin tahun hadapan.atau mungkin tidak.aku rindu alam persekolahanku.seperti ingin menjadi murid darjah satu semula.seperti ingin memakai uniform sekolah.jangan terperanjat jika aku ke sekolah tahun hadapan dengan memakai uniform sekolah.

aku rindu saat-saat di tingkatan 5.seperti ingin memutarkan masa kembali.tapi inilah realiti.aku harus menerimanya.dan mungkin gelaran super senior dulu ini bakal kembali menjadi junior tatkala menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi.dan seksaan bakal menanti lebih teruk berbanding ketika berada di tingkatan satu dahulu.aku harus mempersiapkan diri untuk itu.ayuh..bangkit!

7 comments:

sharil sulaiman said...

haha
memang nampak mcm bosan giler..

Asma Zahari said...

babe, i dad link youuu :)
kau pun tak link aku lagi, cisss
sampai hati :(
&& aku siap follow segala :D

syahira said...

sharil sulaiman: haha...thanks.

asma:sabar arr..okay2.ak surrender.haha.thanks btw.

Cik aninamanitaf said...

fuyyoh..
gle ko nk dtg skool pkai uniform..
haha!!
rileks rr che'ah..
aku kn ade..
ko x try cntct aku pn..
fine..
x igt aku lg dh ke??

amiratyra said...

sampai hati.
ak pn kau dah tak ingt.
agreed dgn goot.
hmm, :(

syahira said...

goot n mitty: alahai korg busy..lgpun korg xnk cntact ak dulu..agaga.k la.sory keyh.:)

. said...

bosan lah kehidupan
btw nice blog
tujuhgenerasi.blogspot.com