Wednesday, March 24, 2010

suatu pagi pada suatu hari

sebelum spm, aku dapat sindrom tak cukup tidur. selepas spm, aku dapat sindrom tidur tak cukup masa. selepas keputusan, sindrom berubah kepada aku tak pasti aku tidur atau tak. selang beberapa jam aku akan terjaga. mata mudah mengantuk. tepat pukul 11 aku rasa dah kali yang ke berapa aku menguap. keesokan pagi, begitu payah untuk aku bangun. patut duit tak masyuk2 kebelakangan ni. betul la apa yang nenek aku cakap. selepas subuh kalau tidur balik, rezeki tak masuk.

aku bukan nak cerita pasal aku tidur gaya apa, pukul berapa. itu aku punya suka la. sebenarnya tujuan entri kali ni nak cerita berkenaan suatu pagi.

aku celik mata, aku bersyukur masih dikurniakan nafas untuk terus hidup. tak seperti insan lain yang meninggal ketika tidur. tapi orang cakap meninggal masa tidur, tak sesakit meninggal pada waktu lain. boleh caya ke?orang yang bagi info ni pun bukan pernah rasa meninggal itu macammana. wallahualam. berbalik kepada story, aku bangun kemas katil dan segala macam benda yang ada. aku meneruskan langkah ke bilik air. bukan untuk mandi tapi hanya berus gigi dan basuh muka. ini bukan masa yang sesuai untuk aku mandi. sejuk tak terkata. aku buka paip, bukan air yang jernih keluar, tapi aliran darah merah. dalam hati aku menyumpah Jabatan BEKALAN AIR. tak kan paip bocor lagi. aku tak peduli, apa yang aku mahu hanya air.

selepas menunaikan hajat, aku keluar. segala-gala berubah. seolah-olah aku dibawa ke dimensi lain. selipar yang kupakai berubah menjadi duri2 tajam. mencucuk ke dalam tapak kaki. sakit, pedih memang tak rasa. aku lihat mayat2 bergelimpangan. satu persatu dibunuh rakus makhluk bertopeng power rangers. aku menunggu giliran. setelah undian aku mendapat nombor yang ke 19. tiba giliran aku. peluh mencurah2 ke ladang gandum. dan akhirnya jadi koko krunch.(ceh, menipu). aku tidak mahu diperlakukan seperti insan lain. sadis, kejam dan dahsyat. tidak berperikemanusiaan. rakus merobek2 daging, menyiat2 kulit mereka. aku tidak sanggup. aku berlari dan terus berlari. rasa seperti menyertai pertandingan marathon di putrajaya. aku rasa seperti juara. dan akhirnya.....GEDEBUK.aku jatuh dari katil.

sumpah aku tak nak tengok SUPERNATURAL sorang2 lagi.

2 comments:

Anonymous said...

ni satu pagi ke,
satu tengah malam ke,
satu mimpi?


haha
:p

syahira said...

fye:mne2 pn boleh.stu pg di bwh ktel kot.HAHA