Thursday, March 4, 2010

tips kurangkan tekanan

aku ada benda nak dikongsi terutama untuk rakan-rakan yang hampir nak gila, putus urat saraf, menangis sampai air mata jadi kering, mengigau siang-siang memikirkan keputusan SPM yang bakal keluar beberapa hari lagi.

TERMA DAN SYARAT

tidak digalakkan melakukan di hadapan ibu mengandung ataupun nenek tua yang sudah nyanyuk.

TIPS


1. tidur sampai korang rasa tak boleh nak bangun-bangun.
2. makan sebanyak mana selagi korang mampu.
3. berjalan-jalan di kebun bunga menghirup udara segar sampai korang sesat.
4. gelak setiap kali anda rasa lawak sehingga rahang gigi anda tanggal.
5. menangis setiap jam, saat dan minit.
6. pura-pura sibukkan diri walaupun anda bukanlah penyibuk.
7. main teng-teng, congkak dan segala mainan yang anda pernah minat sewaktu kecil.
8. jangan sesekali buka laman web kementerian pendidikan kerana hanya akan menambahkan stress anda mengikuti berita semasa.
9. tutup segala pintu, tingkap dan lubang udara rumah anda untuk mengelakkan khabar-khabar angin yang berusaha masuk.
10. bangun tengah malam, berdoa, dan bertawakal. INSYALLAH memang berkesan.

p/s: apa yang aku buat sekarang ni pun salah satu cara mengurangkan tekanan. merapu dalam blog :))

1 comment:

Anonymous said...

Hello,
I have developed a new clean web 2.0 wordpress theme.

Has 2 colours silver and blue, has custom header(colour or image).
I am curently working on it, so if you have suggestions let me know.

You can view live demo and download from here www.getbelle.com
If you found bug reports or you have suggestions pm me.
Wish you a happing using.

many thanks to [url=http://www.usainstantpayday.com/]USAInstantPayDay.com[/url] for paying the hosting and developement of the theme

Intuirurl