Tuesday, September 7, 2010

raya raya raya

nak dekat raya, rata-rata empunya facebook buat status selamat hari raya, gambar profile jadi gambar raya, nama pun tukar nama biskut raya, ketupat lemang dan sebagainya. bagi aku, baju raya pun baru beli tadi. dari pagi sampai petang menjelajah batu pahat dari sekecil-kecil kedai ke segedung-gedung shopping complex.dari harga berpuluh-puluh hingga beratus-ratus. dari yang simple(bagi aku simple itu menarik) sampai manik seberat emas. timbang mahu berkilo-kilo berat sepasang baju. kalau setahu aku, makcik-makcik ni cakap persiapan raya awal tahun lagi dah siap. tapi kenapa tinggal 3,4 hari lagi nak raya, keadaan masih sesak. tak cukup 2 pasang, tambah lagi 2 pasang. kalau boleh nak berlumba dengan jiran-jiran sebelah siapa lagi banyak baju, paling mahal, paling banyak manik, paling berlip-lap raya tahun ni.

aku shopping last minute bukan sebab tergolong dalam kalangan makcik-makcik. cuma aku ni agak cerewet bab memilih baju. kalau boleh simple je. tapi apa yang aku suka, mak tidak suka, apa yang mak suka, aku tidak suka. eh, baju aku, tapi kenapa melibatkan mak? aku taknak la dicop derhaka. dah mak taknak tu tak usah la beli. nanti ada juga yang tak bersalam pagi raya. biskut raya pun kalau boleh nak borong satu kedai. bila habis raya, biskut raya pun tak habis. kan membazir. aku rasa raya tahun depan, siapa-siapa yang nak datang rumah beraya perlu buat list biskut raya yang mereka suka. tak ada la masalah biskut raya tak bersentuh. ok. cukup. aku lapar.

bukti bagi kau percaya, haha

kad raya pula macam dah tak nampak dah zaman sekarang. bukan nak cakap kad je, sampul pun dah susah nak cari. zaman teknologi mudah di hujung jari. semua pakai sms, facebook. sms, forward je. facebook, tag sudah. senang kan? tapi teringin gak nak dapat kad raya macam dulu-dulu. buka je keluar lagu raya. ala. sweet sangat. haha.

duit raya? nanti la aku cerita. raya pun tak lagi. harap-harap tahun ni tak macam tahun lepas. sebab aku tinggi, duit raya aku kurang daripada sepupu-sepupu yang umur lebih tua. sangat tidak adil. sepatutnya makcik-makcik kena tetapkan umur lebih daripada 17 tahun tak payah dapat duit raya.(aku masih 17, ok)

pesanan daripada saya,
SELAMAT HARI RAYA,
maaf zahir batin,
(lagi mudah, bukan facebook, bukan sms)

No comments: