Saturday, October 23, 2010

kawan

Aku tak pernah cerita pasal kawan dalam entri-entri sebelum ini. Tapi kenapa malam ini, rasa nak menulis. Luahkan perasaan, luahkan kesediahan, luahkan kemarahan. Wah. Tacing jap.

Memang betul lah mak aku cakap. Sejak sekolah lagi, aku tak pernah lari dari masalah kawan. Aku pentingkan kawan dari segalanya. Pernah dulu, aku kena buli. Masa darjah dua, ayah aku belikan pen warna-warni. Memang aku sayang gila pen tu. Kalau boleh dalam tandas pun aku nak bawa. Satu hari, aku tengok dalam kotak pensel, habis hilang pen warna-warni kesayanganku. Aku menangis, meratapi kehilangan kekasihku. Ok. Tipu je part nangis tu. Tak ada la teruk sampai macam itu. Lepas itu, berlakulah adegan tuduh menuduh. Aku memang syak mereka-mereka yang cukup dengki dengan kecomelan aku. Malangnya, pencuri mana yang pernah mengaku. Kecuali pencuri hati la. Hehe, aku dah start senyum sorang-sorang ni. Berbalik pada cerita. Aku pun senyap je la. Dah tak nak mengaku, apa boleh buat. Mereka-mereka pun sempat lagi tersengih-sengih meraikan kemenangan mereka membuli aku yang comel ini. Aku pun balik ke rumah tanpa pen warna-warni kesayangan. Lupa kan lah kisah lama. Aku dah maafkan mereka-mereka itu.

Bila kawan yang dulunya ada tika senang,
Bila kawan yang dulunya sama-sama menangis,
Bila kawan yang dulunya terima pendapat kita,
terima segala kurangnya kita.

Tapi, kawan yang dulu itu dah tak ada tika senang,
Apatah lagi bila susah.

Kawan yang dulu itu makin jauh,
Kawan yang dulu itu dah tak percaya kita,
Kawan yang dulu itu tak boleh terima kurangya kita.

Apa boleh kita buat?
Terima kasih untuk kawan yang dulu itu.
Kerana pernah satu masa berada disamping kita.

Apa perasaan bila kawan lebih pentingkan awek/balak mereka daripada kita sendiri. Lebih pentingkan insan-insan yang mereka suka daripada kita yang sentiasa dengar segala masalah mereka. Mungkin aku tak cukup bagus/layak untuk berjalan bersama-sama mereka. Sebab apa? Sebab aku bukan awek/balak yang mereka banggakan. Orang cakap, persahabatan ini lebih teguh daripada percintaan. Siapa yang cakap? Suruh dia datang jumpa aku, buktikan. Seratus peratus aku kata salah. Sebab apa. Sebab persahabatan aku putus tatkala aku cuba mengikatnya kembali. Maaf.

2 comments:

Anonymous said...

huhuhuhuhu.....
bgus ar nukilan awk 2..
bley wt nvl...

sam said...

comel sgt tuh che ah...hahaha