Monday, December 27, 2010

Entri dua dalam satu

Sabtu hari tu kami sekeluarga dengan sepupu sepapat pergi Melaka Wonderland. Memandangkan masa tu cuti sekolah, tiket masuk pun naik RM5. Dewasa jadi RM30, kanak-kanak RM25. Ayah ada kenalan kat sana, kami dapat potongan 30% diskaun. Macam jualan murah pula tiket Wonderland. Seronok memang seronok. Tapi ada peristiwa memalukan. Masa tengah berlumba dengan abang aku kat Kamikaze Race, sumpah tak reti main benda tu. Abang aku dah sampai bawah. Aku tak bergerak lagi. Budak-budak kat belakang dah gelak macam tengok rancangan Raja Lawak. Rasa macam nak toleh belakang, tampar seorang-seorang. Bila dah turun, tersekat pula kat tengah. Nak cakap gelongsor tu terlalu kurus bagi aku, aku rasa aku takdelah gemok sangat. Aish, memalukan sungguh. After je dah sampai bawah, terus turun main kat tempat kanak-kanak, tak naik-naik dah. Sumpah taknak pergi sana lagi dah. Nak upload gambar, USB tertinggal kat TBP:(

Kulit jadi gelap, tangan jadi belang akibat pakai gelang untuk tiket masuk sampai ada garisan hitam putih kat pergelangan tangan. Penat. Shukudai tak bersentuh. Nak topup penat seharian kat Melaka sampai kena 3,4 hari rehat.

Ahad tu pulak, pergi Wet World Batu Pahat. Jadi pemerhati je. Lenguh badan seharian berendam macam badak. Haha


Sebut pasal Aff Suzuki Cup, mesti taknak ketinggalan. Aku bukanlah jenis yang minat bola. Tapi semangat patriotik sangat menebal. Apapun tahniah buat Malaysia menang 3-0 kat Bukit Jalil. Kalau tak cuti, memang sanggup pergi Bukit Jalil tengok live. Tahniah telah menyebabkan suara aku dah serak-serak basah jadi kumpulan sorak semalam. Safee Sali memang hero Harimau Malaya. Semoga berjaya kat Jakarta nanti. :)