Tuesday, March 15, 2011

Cinta

Ok, Harini aku nak cerita pasal cinta tapi taktau la rakan aku di seberang laut cina selatan akan menyambung entri ini. Terpulang pada dia.

Cinta datang dari jodoh. Atau jodoh datang dari cinta.

Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

Petikan Filem Syurga Cinta

Cinta pun banyak jenis.

Cinta budak darjah Satu

Pergi sekolah nak pegang tangan. Bawah meja setiap pagi letak surat cinta. Ini trend budak-budak zaman sekarang. Kita dulu mana kenal cinta itu apa. Dulu masa darjah satu cuma tahu tisu, tandas,<==buat kelengkapan menangis.

Dalam facebook dah start ber"in relationship". Tukar pakwe/makwe macam tukar tisu tandas. Ish, apa nak jadi la budak zaman sekarang.

Cinta budak darjah Enam

Lelaki: Bye awak, nanti saya dah masuk asrama, awak jangan lupakan saya tau.

Budak perempuan: Sedihnyaaa, saya nak minta ayah saya masukkan satu sekolah dengan awak.

Sebulan kemudian..

Facebook

Budak perempuan Aku dah kapel dengan orang lain, apa kau kesah

Cinta budak Tingkatan Lima

Saya sanggup buat apa sahaja untuk awak. Demi cinta kita berdua.

Dua bulan kemudian..

"Awak, saya dah termengandungkan anak awak, macamna ini?"

"Awak gugurkan je la. Kita kan masih muda lagi. Takkan nak bela anak dah?Lepas tu kita boleh buat lagi."

"Yang penting awak janji jangan tinggalkan saya"

Cinta budak universiti

"Sayerrrrr shayang awark, I Lub U so much. B jgn tinggalkan ayang tau"

Kadang-kadang aku terfikir. Adakah tempoh tumbesaran kita sudah terbalik? Budak universiti jadi bayi baru belajar bercakap?

Cinta selepas kahwin

"Abang nak kita didik anak kita jadi insan yang soleh, solehah, taat pada agama. Hanya sayang di hati abang"

Auww. Sweet sangat.

Pandai-pandai la anda yang bijak pandai. Jangan habis madu sepah dibuang. Nanti bila terhantuk baru tergadah.

Dan minta sangat-sangat jangan post status jiwang karat anda kat Facebook. Facebook kegunaan semua orang. Bila aku delete dari list friend bukan main mengamuk sakan. Dah tau orang tak suka, tak payah buat.

1 comment:

khairunisahmadenney said...

Halamak Cheah. Tajuk menarik, tapi idea trak la. Hikhik:D