Saturday, May 12, 2012

Hemah dalam menegur

Sebenarnya aku tak paham apa tujuan buat benda-benda yang tak mendatangkan faedah langsung untuk diri sendiri. Baru-baru ini pasal kes mak pukul bayi. Wallahualam apa cerita di sebalik tu. Dan apa cerita pasal orang yang rakam tu. Kita tak tahu cerita sebenar, jadi kita janganlah buat andaian yang bukan-bukan.

Tak salah kalau kita nak luahkan apa yang kita rasa. Nak luah betapa geramnya kita tengok video tu. Nak luah betapa bencinya kita dengan pelaku tu. Tak salah, tapi bila kita komen dengan perkataan-perkataan mencarut, memaki-maki, kita sama je dengan mak yang pukul bayi tu. Kita tak suka, tapi kita buat benda yang sama. Jadi, kita pun patut kena maki la kan.

Lepastu, dengan berita Mamat ini update status kat Fb nak bunuh diri. Aku tak berminat dengan apa yang dia update, tapi tertarik membaca komen-komen di bawah tu. Hanya segelintir sahaja yang komen dengan rasional. Yang lain? Mencarut, dan memaki-maki.

Kita negara Islam, yang majoriti orang Melayu yang beragama Islam. Tunjuklah sikap kita sebagai muslim dan muslimah. Yang berhemah dalam memberi teguran.


Monday, May 7, 2012

It's not about WHO we are.

Siapa saya. Anak kedua. Siapa saya. Orang Johor. Siapa saya. Perempuan.

Kadangkala sikap kita sering disalahertikan dengan siapa kita. Sebagai contoh.

"Eh, awak ini emosional la. Perempuan memang macam ini ea". Disebabkan seorang perempuan yang emosional. Maka, keseluruhan perempuan dianggap emosional.

Lagi-lagi bila bercerita pasal politik. Disebabkan satu ahli dari parti ini buat silap, maka seluruh parti itu akan dianggap silap.

Orang Melayu memang suka melabelkan dan mengkategorikan orang lain. Walaupun ada di antara kita yang tak ambil ringan, tapi ada juga yang percaya.

"Orang dari sini, rajin, peramah dan baik hati. Kalau orang negeri sana, semangat kenegerian kuat, pengotor dan kasar."

"Anak sulung ini memang protective, kuat control. Anak bongsu ini manja. Anak kedua ini itulah inilah"

Tapi tak ada pula bila interview mana-mana, kerja atau universiti, soalan akan tanya awak ini orang mana, anak ke berapa. Kalau kat Jepun. mereka cukup percaya dengan jenis darah. Jadi, bila interview, soalan akhir sekali mereka akan tanya, darah jenis apa. Mungkin adalah kot kajian, darah ini boleh membentuk peribadi seseorang.

Tak boleh ke kalau once kita label orang ini macam ini, macam itu, jangan label siapa dia. Kalau dia emosional, hanya dia yang emosional. Semua tu kan peribadi yang dibentuk oleh seseorang. Janganlah mudah men"judge" seseorang itu.

Friday, March 23, 2012

All the psychopath do is act

Berdasarkan status skype. "All the psychopath do is act". Apa sebab aku buat status macam itu. Tak ada sebab apa pun. Ini sebab tengok cerita Supernatural.

"They are psychopath. All they do is act".-Dean Winchester(Supernatural Season 7 ep 15)

Ada betul ke? Tak tahu la sebab aku pun tak pernah jumpa lagi rakan2 atau saudara mara terdekat yang ada sakit jiwa. Jiwa kacau tu ada la. Jadi, aku buat la sedikit kerajinan dalam dirinya pun adoi. Yes, Mr Google. Here i come.

"Psychopaths cannot be understood in terms of antisocial rearing or development. They are simply morally depraved individuals who represent the "monsters" in our society"

Psychopaths=monsters?
"They are unstoppable and untreatable predators whose violence is planned, purposeful and emotionless. Their emotionlessness reflects a detached, fearless, and possible dissociated state, revealing a low-state autonomic nervous system and lack of anxiety"
Sebelum kita judge orang tu psycho atau gila, kita tengok dulu ada tak ciri dalam diri dia. Adakah dia mempunyai mental illness? Suka menipu? Suka berdrama? Suka berlakon? Mereka satu watak lain dalam hidup dia yang tak pernah wujud? Memutar balik fakta? Menebar fitnah dah kebohongan? Ini hasil dari Mr Google. Not from my own opinion. Dan bila aku tanya Mr Google aku. Baru perasan yang MR K pernah buat satu entri pasal psychopath ini.

Orang yang mempunyai psychopath ini selalu akan rasa dirinya diancam. Apa yang dia buat semua serba tak kena. Dan apa yang dia nak semua untuk kepuasan diri dia. Kalau korang suka tengok movie korang boleh tengok cerita Saw, Scream dan macam2 la. Dia buat itu semua tanpa sebab. Apa yang dia nak, dia boleh puaskan hati dia. Tak semestinya orang yang ada psychopath ini akan membunuh. Ada juga yang suka memanipulasikan fakta supaya orang tak rasa yang dia bersalah.